Thursday 31 March 2011

      Terkenang akan kehidupan bila ada berita mengenai emak kawan yang sakit.  Bagaimana kesakitan, mampu mengubah keadaan.  Kadang-kadang yang keruh boleh dijernihkan, yang jernih menjadi keruh.  Semuanya kehidupan.  Tetapi kawan kadang menikam kawan, mengampu, membodek, mengkhianati dan tidak kurang yang berbuat baik dan sanggup berbuat apa sahaja untuk kawan. Tidak sanggup rasanya menceritakan apa yang kawan ini lakukan pada rakan sejawat.  Harap-harap selepas ini dia sedar.
      Teringat suatu ketika di tahun 2010 bila mana dia sanggup untuk menghantar dan mengambil anak muridnya di sekolah dengan alasan murid tersebut selalu ponteng.  Maka dia memberitahu boss dia sanggup dengan manis mulut.  Belum pun lama dia sanggup maka kedengaran bahawa dia mengomel, mengatakan :
"Dia ingat aku ini derebar dia"
"Banyak cantek muka dia"
Dalam hatiku berkata dah sanggup , lain kali jangan sanggup depan bos, bila marah tidak pulak depan bos, masih lagi dia berkata dia sanggup.  Maka saya buat kesimpulan dia sanggup depan bos sebenarnya tugas tersebut dia tidak sanggup.  Betultak.

Tuesday 22 March 2011

dalam ingatan 2 Pengsan lagi

     Hari Raya dalam ingatan saya yang saya pengsan.
  Hari itu merupakan Hari Raya.  Saya berumur 5 tahun.  Kawan saya datang bertandang ke rumah. Pada masa itu arwah ayah merupakan orang yang sangat caring.  Dia memberikan wang kepada saya, walaupun pada masa itu tidak ada istilah duit raya.  Apabila saya hendak menjemput kawan saya terjatuh  dari tangga yang ada 5 anak tangga.  Sekali lagi saya pengsan.  Sedar-sedar sahaja saya merasakan bahawa muka saya dibasahi oleh air dan tanpa mengucap terima kasih kepada ayah saya berlalu.

Dalam Ingatan

      Semasa saya kecil-kecil saya seorang yang penakut.  Saya sangat takut dengan jiran di sebelah rumah saya. Saya membahasakan dirinya sebagai Udak Lemah.  Saya selalu menggangu nenek saya memasak dengan berdiri berhampiran dengan jendela di sebelah dapur tempat memasak. Dapur dahulu tinggi dan besar.  Pada masa itu kami masih lagi menggunakan kayu api.  Berbalik kepada Udak Lemah tadi apabila saya menjenguk ke luar tingkap dan terpandang dia, dia akan menyergah dengan perkataan Hah!, maka saya pun kecut perut dan menjauhi tingkap tersebut.
      Pada suatu hari saya pergi ke kedai.  Bila hendak ke kedai saya terpaksa melalui rumah Udak Lemah.  Entah macam mana saya boleh terserempak dengan dia, dan saya tidak dapat melarikan diri daripadanya, maka oleh sebab ketakutan sayapun pengsan.  Peristiwa tersebut tidak dapat saya lupakan sampai sekarang biarpun dia telah menjadi arwah.  Dia tidak pernah memukul dan tidak pernah memarahi saya, tetapi saya tetap takut sehingga saya berumur 10 tahun barulah saya boleh bersua muka dengannya tanpa lari.
      Mengapa saya takut kepada dia.  Jawapannya, bila saya selalu membuat apa yang tidak disukai oleh  orang yang lebih tua daripada saya mereka akan mengugut akan memberitahu dia.  Dan dia di sebelah rumah akan menyahut apabila dipanggil dan diberitahu bahawa saya membuat kesalahan.  Perkataan yang akan dikeluarkan daripada mulutnya ialah Hah!

Friday 18 March 2011

Hidup Biar Ceria

      Hari-hari andainya dipenuhi dengan keceriaan alangkah baiknya.  Siapa yang menentukan kita ceria.  kita adalah penentu kita sendiri yang ceria.  Bahagia juga kita yang tentukan.  Saya berikan contoh, makanan yang kita rasa sedap.  Dahulu saya merasakan bahawa buah strawberry itu adalah sedap.  Ini memandangkan bahawa selian daripada warnanya menarik ia juga mahal.  Maka orang seperti saya tidak dapat  merasa buah tersebut. Maka oleh kerana mengimpikan buah strawberry itu maka pada suatu hari setelah saya bekerja sayapun membeli buah strawberry .  Sebelum merasa buah strawberry saya mengandaikan  bahawa buah tersebut mungkin enak, manis dan sedap  Tetapi setelah merasakan buah tersebut saya merasakan bahawa masamnya seperti buah kelubi.  Maka saya kata bahawa buah tersebut masam, dan saya beritahu pada kawan, tetapi kawan saya berkata bahawa buah itu manis ditanah tinggi.   Maka pada suatu hari saya berkesempatan pergi ke tanah tinggi dan membeli buah tersebut.  Sekali lagi saya merasakan manalah tahu buah tersebut manis, rasanya sama masam.  Pengalaman tersebut mengajar saya bahawa apa yang anda buat andainya anda tidak merasainya anda tidak akan tahu rasanya.   Dan tidak semestinya benda yang kita tidak miliki adalah yang terbaik.  Maka hargailah apa yang ada.  Jangan sampai anda rasa kehilangan tetapi telah terlambat.
      Berbalik kepada ceria.  Kehidupan dipenuhi dengan cabaran.  Segala pengalaman pahit dan manis yang anda ada adakah sesuatu yang berharga.  Ini memandangkan apa yang akan berlaku tidak mungkin sama suasana dan masanya.   Kecerian akan mengubah daripada mendung menjadi warna yang ceria dan akan mengubah persepsi anda terhadap sesuatu.  Berfikirlah secara positif dan pandanglah sesuatu masalah yang datang sebagai cabaran yang memungkinkan anda menikmati kemanisannya.  Inshaallah hidup kita akan lebih ceria dan bermakna.

Wednesday 16 March 2011

Gred dan Purata mata gred

Hari ini ada info daripada Pn Bovanesh mengatakan bahawa gred untuk IPGM KPM.  Tidak diketahui sama ada gred itu gred lama atau baru, tetapi info ini baru bagi diri saya.
A+  90 - 100     purata mata gred  3.8    - 4
A    80 - 89                                   3.68 - 3.79
A-  75 - 79                                   3.5   -  3.67
B+ 70 - 74                                   3.33  -  3.49
B    65 - 69                                  3.00 -  3.32
B-  60 - 64                                  2.67   - 2.99
C+  55 - 59                                 2.33 - 2.66
C     50 - 54                                 2.00 - 2.32

Hai rasanya cuma tinggal tiga semester lagi, harap-harap dapat mengejar yang impian kalau tak dapat 3.8 ke  atas biarlah dapat yang 3.68 tu. Setakat ini baru dapat mengejar 3.5.  Ya Allah berikan daku kekuatan agar dapat mengejar impian purata gred dalam setiap peperiksaan akan datang paling kurang 3.7 Amin.

Esok ada RBT antara tajuknya Tanggam

Monday 14 March 2011

Minggu sibuk

14 Mac hingga 18 Mac .Minggu ini mula sibuk.  Segala tugasan yang diberikan pensyarah perlu ditambah baikan.  Nasib badan sebab belajar sudah agak berumur.  Ada tugasan moral, fonetik dan fonologi dan linguistik .  Memang mencabar, tetapi teringat kata pensyarah "redah aje".  Selain daripada itu kawan-kawan amat membantu.  Mereka memang kawan yang baik dan amat memahami, tetapi perlu ingat bukan sahaja orang kena memahami kita, tetapi kita juga perlu memahami orang.  Teringat pula ayat yang pernah saya dengar, "Meminta orang memahami kita, kita perlu memahami orang, sebelum meminta,  kita kena memberi dan saya tambah dengan kenali diri sebelum mengenali orang lain.  Ini mungkin kerana saya merasakan bahawa sebelum memahami orang lain kita kena tahu apa yang perlu ada pada diri kita agar kita dapat menyemak kelebihan dan kekurangan pada diri kita.  Wassalam untuk kali ini.

Friday 11 March 2011

Melawat Sekolah orang Asli

Pada 5 Mac dan 6  Mac perlgi melawat SK Telanok di Pahang.  Terasa betapa bertuahnya saya kerana sejak mengajar tidak pernah  mengajar sebegitu jauh berjalan dari jalan besar.  Untuk sampai ke sekolah tersebut kami terpaksa menggunakan kereta pacuan empat roda.  Tetapi beruntunglah yang pandai menunggang motosikal kerana  selain kenderaan pacuan empat roda motosikal boleh digunakan.

Banyak pengalaman yang saya perolehi hasil lawatan tersebut. Biarpun asalnya tujuan lawatan adalah untuk mengkaji bahasa Semai yang dituturkan oleh penduduk di kawasan tersebut.  Antaranya perkataan Bahasa Semai yang saya mungkin kekal dalam ingatan adalah
Kerdur (perempuan)
keral  (lelaki)
atta (datuk)
amek (ibu-ibu kalau tidak silap)

Selain daripada itu juga kami dapat melihat cara hidup masyarakat Semai.  Mereka amat merendah diri dan memberikan kerjasama semasa program tersebut dijalankan.


Percubaan

Baru cuba nak buat blog. Harap-harao boleh jadi bloger yang boleh mendatangkan manfaat kepada semua.