Monday 23 May 2011

Logo-logo berkaitan

logo IPG                    Logo IPGM KPM
                        
Logo Kementerian pelajaran Malaysia

Saturday 21 May 2011

Cuti Semester, semuanya berganda

Musim cuti semester, maka anakanda-anakanda balik ke rumah.  Riuhlah.   Mulut emak riuh, mulut anak lagi riuh, satu lawan empat, agak siapa menang.  Memang kalah emak.  So tegur mana yang patut.
Masa cuti ini, biasanya selain daripada makanan kena gandakan, stok juga kena gandakan, bil elektrik naik sekali ganda, mesin basuh naik tiga kali ganda (mencuci), bil air, naik sekali ganda, nasib baik internet hanya bayar yuran bulanan, kalau tidak entah berapa kena bayar.

Bab makan, jangan cerita, selain selera pelbagai,  makanan juga kena stokkan juga banyak-banyak, ada sosage,roti canai segera, kentang, daging burger, roti dan sebagainya.  Roti Gardenia yang paling besar, seperti iklan sekejap ada sekejap tak ada.  memang macam magic, pergi ke ruang tamu, dan balik dah habis.  Nasiblah anak-anak yang merasa.  Yang tak merasa hanya berkata "Hai tak kan dah habis" tetapi memang habis, nak buat macam mana.
Cerita bab kerja rumah, memang berkira, kalau dah buat satu tak boleh buat dua.  Apa nak dibuat , jawabnya membebellah.  Jadi dengar sekejap dan esok macam itu lagi. Itulah ragam musim cuti anak-anak.

Tidur kat Sekolah

Ni  nak cerita tentang program kat sekolah.  Buat program yang melibatkan  anak didik tidur di sekolah.  Kalau bab lain memang senang nak kawal.  Tetapi bila bab nak tidur memang susah.  Selain memikirkan keselamatan secara fizikal secara mental juga kena jaga.  Jadi cikgu pada malam itu jadi jaga. Mereka kalau dah jumpa kawan memang susah tidur sebenarnya.  Ia lah kalau difikirkan secara rasionalnya memangpun, bila pula mereka  tidur di rumah kawan atau dengan kawan.  So ada program dia orangpun apa lagi.
Paling tak tahan kalau ada yang merayau malam.  Pernah sekali saya dibangunkan oleh kem komandan kes yang  merayau.  Jam 3 pagi bangunkan semua dan suruh berbaris dan  berdiri tegak di padang .  (Lokasi Saujana Asahan)  Bayangkan mereka langsung tak takut dengan suasana baru dan  tempat baru yang sunyi, hanya kedengaran burung hantu sahaja.  Lepas tu suruh jalan macam katak.  Buat perjanjian agar perkara tersebut tidak akan berulang lagi malam esok.  Malam esok baru aman tidur.  Itu cerita di Saujana Asahan.  Tempat memang best.
Berbalik kepada tidur di sekolah.  Setelah jam 10.30 malam, murid dibenarkan tidur.  So pesan kepada murid agar tidur.  Pesan begini  "Kalau korang tak nak tidur tak apa, tetapi jangan bising atau menjerit."  Murid jawab ok. Pesan bukan apa sebab, esok nak dikejutkan sebab ada qiamulail jam 4.30 pagi.
Maka kamipun berangkat tidur. Hajat nak buat kerja kursus tak dapat, mengantuk dan letih.  Jadi tertidur.  Sedar jam empat pagi.  Bangunkan murid sebab ada yang nak mandi dan cuci muka.  Maka  dalam hati berkata sementara menunggu murid siap maka nak tidur-tidur ayam.  Tidur ayam rupanya bangun jam enam pagi.  Alamak, nasib baik kawan cover.
Selalunya, nak cari yang  tidur bersama dengan murid memang susah.  Yang baru kahwin, alasan baru kahwin, yang ada anak alasan jaga anak, yang anak dara, asyik anak dara sahaja, dan yang veteran selalu kata masa muda dia dah selalu buat,  maka saya tawarkan diri dengan mengatakan bahawa tak apa suami saya tinggalkan semalam, dua malam, atau tiga malam sahaja.    Dan saya katakan bahawa anak saya dah besar, dan senang cakap sebab semasa anak kecil saya tidak berpeluang nak tidur di sekolah.
Sebab terlena dengan nyenyaknya tak ada cerita yang didengar.  Jadi pada hari Isnin (Tidur Jumaat malam Sabtu)  rakan tidur tanya anak murid, apa yang awak nampak? Dia nampak orang berjalan di varandah, ai, saya kata saya lenanya sampai tak sedar.  Jadi kawan kata itu cikgu yang meronda malam-malam , dan semasa dia menjawab dia memandang saya, sayapun jawab ia guru yang meronda.
Jadi cerita itu mati disitu sahaja.  (Sekolah saya memang ada yang tak berapa nak kena)
Dah lama tak menulis di sini.  Sebab yang pertama dan yang paling utama
buat kerja kursus yang sampai empat nak disiapkan dalam masa sebulan.  Bayangkan bagaimana nak disiapkan. Jawapannya  buat sampai abaikan waktu tidur.

Satu lagi bila buat kerja kursus, siang kerja, Malam mengadap. Sampai satu masa tu ada dua kerja kursus nak disiapkan seminggu,.  Bayangkan  bagaimana nak disiapkan dengan siang bekerja.  Sampai masa satu malam tu  minta cuti daripada boss. Boss ok je.  Tetapi kena perli dengan kawan.  Buat kerja kursus yang pertama minta cuti, buat kerja kursus yang kedua, kawan kata tak kan nak minta cuti lagi kot.  Jadi  sekarang nak minta time slip ke, aku gelak aje, sebab aku tahu dia bergurau.  Rasanya aku yang paling gelabah buat kerja kursus ni, aku tengok kawan yang lain , relex aje, tak pernah minta cuti pun.
 Asalkan siap dan dapat diberi markah ok lah tu.  Harap-harap kali ini dapat 3.5 ke atas lagi. Amin.

Tuesday 10 May 2011

Buat kerja kursus

Dalam bulan ini dua malam tidak tidur, kerana nak siapkan kerja kursus.  Malam ini malam kedua.  Sambil scan gambar yang diperlukan, tulislah apa yang patut.  Mungkin keran ini saya  tak boleh bersabar dan bertenang.  Dahlah kerja sekolah tak habis-habis kerja kursus belum juga siap.  Entahlah lah.
Bagusnya kalau saya boleh tidak tidur disaat kerja banyak ni.  Semoga Allah sentiasa memberikan saya kesihatan yang baik dan minda yang cergas dan cerdas agar boleh saya laksanakan tugas sebagai isteri, ibu, anak, guru, sahabat.  Amin

sabar tak sabar, tenang tak boleh tenang ii

Petang ada kegiatan ko kurikulum

  Memandangkan ada kegiatan ko kuriklulum badan beruniform maka terus sambung dari jam 1.30 petang hingga 3.30 petang.  Jadi ada kawan pelawa makan. maka dibahagikan sepinggan me kepada dua.  Ada adik-adik tengah bercakap dan  minta dia tolong dia tolong rakan yang bertugas sementara saya masih makan.  Selepas disuruh nampak macam tak henti berbual.  Ok layan tetapi hati telah dipanaskan.  Nampak gaya saya kena bawa mangkuk me ke dalam kelas  maka sayapun berjalan dengan lajunya.  Bila nampak kita telah berjalan maka baru nak bergerak dan rasa bersalah, suruh saya sambung makan, tetapi langkah telah diatur dan diteruskan, terus ambil jadual kehadiran daripada murid dan ambil kedatangan.
   Suruh saya bersabar suruh saya bertenang, kalau diikutkan hati siapa nak dengar cakap siapa, saya suruh pergi tolong kawan, tak nak tolong, bila kita dah ambil tugas tu, dan buat kerja suruh bersabar, apake hal.  Dalam hati berkata nampak gayanya aku juga yang bersalah.
  Setelah ambil kedatangan, ada pula yang lain nak tengok di kena kelas mana, lagi sekali  saya kena tenangkan hati, dahlah saya tengah panggilkan murid untuk memastikan mereka datang, dengan selamba ambil buku kehadiran  nak tengok dia kena kelas mana, biarpun dah diberitahu tidak ada di dalam buku tersebut tak percaya.
  Kehadiran dah diambil.  Guru-guru ini masih lagi nak tahu dia kelas mana, maka saya  ambil takwim sekolah bersama fail saya dan suruh mereka tengokkan kena kelas mana, dan saya ingatkan agar dihantar balik kepada saya.  Apa yang terjadi sebelum jam 3.30 petang saya minta fail dia kata dah suruh murid hantar.  Dah suruh murid hantar tak sampai ke tangan saya.
Hari ini saya memang tak boleh bertenang dan bersabar dengan karenah adik-adik yang suka mengelak kerja.
Saya rumuskan mengapa tidak boleh bersabar dan bertenang
1.  Minta tolong suruh pergi tak pergi kerana bersembang  berkenaan dengan produk entah apa, murid dibiarkan.
2.  Bila kita nak pergi barulah jadi tali perahu nak ikut dari belakang.
3.  Suruh saya bersabar, bukan nak minta maaf.
4.  Dah masuk kelas baru nak tahu sepatutnya berada dalam kelab uniform tahun berapa.
5.  Dengan senang hati tanpa  perasaan mengambil jadual kedatangan semasa tengah menggunakan jadual yang sama.
6.  Orang yang sepatutnya memulangkan fail saya tidak bertanggungjawab menghilangkan fail saya.