Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
Pendahuluan
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu memiliki sejarah yang panjang untuk menjadi
Bahasa Melayu seperti yang wujud sekarang. Perjalanan sejarah bahasa inilah
yang akan dicatat dan dibahaskan dari keadaan awal,seterusnya menempuh beberapa
fasa tertentu sehingga kearah pembentukan dasar bahasa di Malaysia.
Fasa demi fasa akan ditinjau dari sudut padangan ilmu bahasa, sejarahwan yang
didukung fakta-fakta sejarah mahupun arkologi. Perbincangan awal adalah
menyentuh tentang tanah asal dan migrasi serta kehidupan sosiobudaya penutur
Bahasa Melayu Kuno yang merujuk kepada peninggalan yang termuat dalam data-data
berbahasa Melayu tulisan kawi.
Seterusnya, perpindahan dari Bahasa Melayu Kuno kepada Melayu Klasik adalah hal
penting yang akan dicirikan dan bahaskan sehingga bertukarnya berntuk tulisan
kawi kepada tulisan jawi. Selain itu, perkembangan mutakhir Bahasa Melayu
setelah berakhirnya zaman penjajahan barat di bumi Melayu sehingga Bahasa
Melayu menerima penambahbaikan serta persaingan dengan bahasa lain
disekelilingnya dan berjaya menjadi bahasa rasmi,bahasa kebangsaan, dan bahasa
pengantar dalam sistem pendidikan negara dan pentadbiran negara.
A. i ) Pengertian Dan Kepentingan Sejarah Di Dalam Pembentukan Dasar Bahasa Di
Malaysia
Sejarah merupakan peristiwa dan catatan masa yang telah berlaku yang tercatat
dalam bentuk monument parasti warkah ataupun lembaran kitab seperti hukum kanun
Melaka. Menurut J.V Brice mengatakan bahawa sejarah adalah catatan-catatan dari
apa yang telah difikirkan, dikatakan dan diperbuat oleh manusia.
Oleh yang demikian, pengertian sejarah berbeza dengan pengertian Ilmu sejarah.
Sejarah adalah peristiwa yang terjadi pada masa lalu manusia sedangkan Ilmu
sejarah adalah ilmu yang digunakan untuk mempelajari peristiwa penting masa
lalu manusia. Oleh itu, sejarah merupakan faktor penting di dalam pembentukan
dasar bahasa sesebuah negara.
Pembentukan dasar bahasa di Malaysia mempunyai kronologi sejarah perkembangan
bahasa yang panjang. Ismail Hussien (1948:5) mengatakan bahawa Bahasa Melayu
hanyalah merupakan satu daripada lebih 200 bahasa dalam kepulauan Melayu. Oleh
sebab bentuknya amat sederhana dan kemungkinan menerima unsur asing dan
sifatnya yang dapat dilentur buat memenuhi keperluan semasa , maka jadilah
Bahasa Melayu sebagai bahasa yang terpenting dalam sejarah bahasa-bahasa di
Kepulauan Melayu.
Asal-usul Bahasa Melayu perlu dilihat pada bangsanya, iaitu bangsa Melayu.
Menurut para pengkaji seperti R.H Geldern berdasarkan kajian yang dibuat
terhadap kapak tua yang ditemui disekitar hulu Sungai Brahmaputra,Irrawaddy,
Hwang, Salwen dan Yangtze didapati serupa dikawasan Nusantara dikatakan dibawa
oleh masyarakat dari Asia Tengah bersama-sama dengan bahasanya sekali. Begitu
juga J.H.C Kern, mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada Asia Tengah
berdasarkan persamaan beberapa perkataan yang dikesannya di kepualuan Nusantara
terdapat juga di Madagaskar,Taiwan ,beberapa kepulauan Pasifik dan di Filipina.
Selain itu, William Marsden mendapati Bahasa Melayu dan bahasa Polinesia itu
merupakan bahasa serumpun. Dalam kajian ini, istilah filum digunakan bagi
menggambarkan kelompok bahasa yang menjangkau 5000 tahun .
Justeru itu, Bahasa Melayu didapati tergolong dalam filum bahasa-bahasa Austris
yang mempunyai tiga rumpun utama seperti rajah 1.1.
Filum Austris
Tibet-China
Austronesia
(Bahasa Austronesia)
Austroasia
Bahasa Melayu Proto
Bahasa Melayu Induk
Bahasa Melayu Barat
Bahasa Melayu Tengah
Bahasa Melayu Timur
Bahasa Melayu Riau
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu Johor
Bahasa Melayu Kelantan
Bahasa Melayu Patani
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu Brunei
Bahasa Melayu Singapura
Bahasa Indonesia
Rajah 1.1. Pembahagian Filum Austris Dan Keluarga Bahasa Melayu
Ahli-ahli bahasa membahagikan perkembangan Bahasa Melayu kepada beberapa tahap
iaitu Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden.
Bahasa Melayu Kuno ialah bahasa yang dipengaruhi agama hindu dan bahasa
Sanskrit. Bahasa Melayu Kuno mencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga
ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya sebagai ‘lingua franca’ dan bahasa
pentadbiran. Pada ketika itu, Bahasa Melayu Kuno telah ditutur merangkumi
kepulauan Riau, Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu.
Bahasa Melayu Kuno mudah diterima ramai ketika itu kerana ianya bersifat
sederhana dan mudah menerima pengaruh luar, tidak terikat kepada perbezaan
susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem penulisan atau aksara yang lebih
mudah. Sistem aksara atau tulisan Bahasa Melayu Kuno adalah tulisan kawi.
Tulisan ini wujud dalam kurun ke-8 Masihi.
Dengan menggunakan aksara kawi, Pallava dan Rencong, orang-orang Melayu Kuno
menulis di atas kulit-kulit kayu, kepingan logam dan pada batu-batu bersurat
seperti Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang ,683 M), Batu Bersurat Talang Tuwo(Palembang,684M),
Batu Bersurat Kota Kapur (Bangka 686 M) dan lain-lain lagi.
Tulisan Kawi terus menerima unsur ketamadunan, evolusi dan asimilasi dan
dikekalkan sehingga diguna sehingga zaman Bahasa Melayu Moden seperti curi,
makan, tanam , dan air. Huruf Kawi ini lenyap pada tahun 1400 M apabila tibanya
pengaruh kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu. Peralihan Bahasa Melayu Kuno
kepada Bahasa Melayu Klasik dikaitkan dengan kedatangan agama Islam ke Asia
Tenggara pada abad ke-13.
Menurut Awang Sariyan, Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam
periodasi Bahasa Melayu sesudah Bahasa Melayu Purba dan Bahasa Melayu Kuno.
Bahasa Melayu Klasik mula mengambil tempat apabila terdirinya kerajaan Islam
yang pertama iaitu kerajaan Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih.
Bahasa Melayu Klasik menggunakan sistem tulisan jawi iaitu aksara arab
berBahasa Melayu pada awal abad ke -14.
Peralihan Bahasa Melayu Kuno kepada Bahasa Melayu Klasik ini dapat dibuktikan
dengan penemuan batu-batu bersurat seperti batu bersurat Minye Tujuh ,
Acheh(1390M),iaitu batu bersurat pertama yang ditemui penggunaan kata-kata Arab
seperti Khalifah,nabi-nabi, Allah dan rahmat.
Kewujudan Bahasa Melayu Klasik juga ditemui dalam manuskrip Melayu Lama.
Terdapat kira-kira 10,000 naskhah manuskrip Melayu Lama ini tersimpan di
beberapa buah negara di Barat.
Manuskrip Melayu Lama yang tertua ialah surat kiriman Sultan Ternate, dari
kepulauan Maluku kepada Raja Portugis yang bertarikh 1521 dan 1522. Tulisan
berbentuk buku pula ialah kitab Aqaid al-Nasafi yang bertarikh 1590 M,
Tutinameh (1600M), Hikayat Seri Rama(1633) suratRaha Acheh kepada Harry
Middleton(1602) dan surat emas Sultan Iskandar Muda Mahkotan Alam ,Acheh kepada
Raja Inggeris, King James I (1615). Penemuan ini menunjukkan Bahasa Melayu
telah menjadi bahasa lingua Franca di Asia Tenggara pada masa itu.
Dari segi fonologi, sistem bahasanya tidak dapat ditentukan kerana tiada data
lisan. Awang Sariyan mengatakan bahawa perlambangan bunyi vokal terbatas kepada
tiga bunyi sahaja iaitu ‘i’ , ‘a’ dan ‘u’ (daripada vokal Arab iaitu alif, ya
dan wau. Namun demikian, dapat diandaikan bahawa Bahasa Melayu Klasik mempunyai
enam bunyi vokal sebagaimana yang terdapat balam Bahasa Melayu iaitu ‘a’,’’e’
pepet,’e’ taling ,’i’ ,’o’,’u’. Dari segi bunyi konsonan pula dapat diandaikan
bahawa Bahasa Melayu Klasik sama dengan yang terdapat dalam Bahasa Melayu
Moden.
Kesimpulannya, sejarah Bahasa Melayu yang berkembang sejak awal kemunculannya
sehinggalah zaman Bahasa Melayu Moden yang menempuh pelbagai evolusi dan
penambahbaikan setelah menempuh zaman kedatangan Portugis, kedatangan Inggeris,
perkembangan Bahasa Melayu sebelum merdeka, selepas Merdeka, dan
perkembangannya dalam sistem pendidikan semuanya menjurus kepada keputusan
tentang perancangan dan penentuan dasar Bahasa Melayu di Malaysia.
Sehubungan itu, selain diambil kira aspek sejarah bahasa yang panjang, ada
beberapa faktor yang membantu pembentukan dasar Bahasa Melayu di Malaysia yang
boleh dibahagikan kepada dua zaman iaitu zaman sebelum merdeka dan selepas
merdeka. Selain itu, terdapat beberapa faktor yang menjadi asas kepada
kepentingan sejarah dalam pembentukan dasar bahasa di Malaysia iaitu;
i) Asas Perlaksanaan Struktur Bahasa Pada Masa Depan.
ii) Memberi pengamatan yg tepat terhadap unsur-unsur bahasa.
iii) Satu kesepakatan para ilmuan dan sejarahwan.
iv) Persoalan Pentafsiran Dan Telahan
i) Asas Perlaksanaan Struktur Bahasa Pada Masa Depan
Bahasa yang digunakan pada masa kini telah dirancang sejak 20 hingga 30 tahun
yang lalu, oleh Dewan Bahasa dan Pustaka yang awalnya dikenali sebagai Balai
Pustaka. Dewan Bahasa Dan Pustaka telah mengeluarkan kamus Dewan Bahasa Dan
Pustaka. Ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah mengalami asas dan struktur
bahasa yang telah dirancang oleh pakar yang yang berwibawa bagi meletakkan
Bahasa Melayu setaraf dengan bahasa ilmu dunia sesuai dengan zaman ketika itu.
Oleh yang demikian, tanpa asas sejarah bagaimana kita dapat mengangkat bahasa
ke tahap yang setaraf dengan bahasa antarabangsa lain.
Ini terbukti dengan terwujud karya ‘Arjuna Wiwaha’ yang telah ditulis sejak
abad ke 10 Masihi. Selain itu, daftar kata Pigafetta yang merakamkan pebualan
Magellan dengan lelaki melayu beragama Kristian bernama Hendrick, beliau telah
berjaya mengum[ul 426 perkataan dan rangkakata Bahasa Melayu yang kemuadian nya
disuusun semu;la oleh Slessandrio bausani menjadi buku Perbendaharaan kata
Itali-Melayu yang pertama pada tahun 1521 dipulau Tidore.
ii) Memberi Pengamatan Yang Tepat Terhadap Unsur-unsur Bahasa
Sejarah dikirakan penting dalam pembentukan struktur bahasa kerana ia menjadi
asas pengamatan yang tepat terhadap unsur penulisan bahasa. hal demikian dapat
dilihat dalam penulisan –penulisan klasik seperti saltus salatin sejarah melayu
dan hukum kanun Melaka .
Ini bermakna Bahasa Melayu itu telah digunakan di rantau Nusantara sejak
berabad-abad yang lampau. Justeru Bahasa Melayu telah diasimilasi dan
diadabtasi mengikut kesesuaian waktu dan masa. Sejarah bahasa tersebut tidak
pernah diubahsuai sewenang-wenangnya kerana ianya adalah dijaga dan sampaikan
secara lisan dari satu generasi ke satu generasi.
iii) Satu Kesepakatan Para Ilmuan Dan Sejarawan
Mengikut Kassim Ahmad (2000), sejarah telah diperbahas dan dipersetujui oleh
semua ahli imuan dan para sejarahwan tentang kesahihan dan ketepatan fakta.
Oleh itu , dalam kontek bahasa juga para ilmuan telah bersepakat menerima
struktur, hukum –hukum nahu bahasa seperti mana sejarahwan menerima fakta-fakta
sejarah.
iv) Persoalan Pentafsiran Dan Telahan
Persoalan pentafsiran dan telahan yang diberikan dalam perbincangan sejarahwan
boleh berubah-ubah mengikut tafsiran dan pandangan ahli sejarahwan, begitu juga
halnya dengan struktur bahasa hukum nahunya tidak berubah yang bertambahnya
adalah perbendharaan atau kosa kata. Contohnya , perkataan arakian tidak
digunakan lagi dalam penulisan sekarang , tetapi digantikan dengan penanda
wacana yang lebih tepat mengikut strutur bahasa.
Kesimpulannya, peninjauan sejarah bahasa yang panjang dan beberapa faktor yang
telah dibahaskanlah yang menjadi asas kepada kepentingan sejarah dalam
pembentukan dasar bahasa di Malaysia.
A.ii) Jenis-jenis Sumber Dalam Penyelidikan Bahasa Melayu Yang Memberi Impak
Terhadap Pembentukan Dasar Bahasa Di Malaysia
Pembentukan dasar Bahasa Melayu di Malaysia diwartakan selepas melalui
penyeldikan terhadap Bahasa Melayu ke atas pelbagai jenis sumber yang wujud
merentas zaman pengaruh agama Hindu, pengaruh Agama Islam , Pengaruh penjajah
Belanda dan Inggeris. Perkembangan Bahasa Melayu moden pada zaman sebelum
merdeka, dan selepas merdeka. Antara sumber-sumber dalam penyelidikan Bahasa
Melayu yang memberi kesan terhadap pembentukan dasar bahasa di Malaysia adalah
seperti sumber batu bersurat, catatan pengembara, buku-buku karya agung, dan
dokumen dari perpustakaan barat.
Batu Bersurat
Sumber daripada beberapa batu bersurat menjadi asas dan pegangan dalam
penyelidikan dan pengembangan Bahasa Melayu . Bahasa yang ingin diketengah
mestilah berdasar bahasa asal penduduk pribumi yang menutur dan menggunakan
bahasa tersebut dalam lingkungan rantau Nusantara. Menerusi Batu Bersurat juga
jelas menunjukkan bukti kewujudan sebuah negara bangsa yang mana rakyatnya
mengamalkan bahasa tersebut. Contohnya batu bersurat yang terdapat di Kuala
Berang, Terengganu. Apa yang tercatat pada batu bersurat tersebut menunjukkan
masyarakat dan negara pada waktu itu menggunakan tulisan jawi .
Catatan Pengembara
Catatan penggembara seperti Ibnu Batuta dan Magellan boleh dijadikan bahan
rujukan bahawa Bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca di Nusantara.
Kebolehpercayaan ini adalah berdasarkan catatan mereka sewaktu singgah di
Pasai(1346 Masihi) dan Perlak menjadi bukti kewujudan bahasa itu diseluruh
kepulauan Melayu. Semasa tiba di Pasasi sudah terdapat perkataan ‘Samundera dan
samandara’ yang bererti lautan. Ini jelas menjadi bukti kewujudan bahasa yang
telh dicatatan oleh penggembara boleh dijadikan sumber pembentukan dasar bahasa
juga.
Buku – buku karya agung,
Sumber-sumber rujukan lain adalah buku-buku karya agung seperti Hikayat Raja
–raja Pasai, Tuffat an Nafis, Hikayat Merong Mahawangsa, Sejarah Melayu,
Syair-syair Hamzah Fansuri, Nuruddin Al Raniri merupkan bahan-bahan karya
penulisan yang dijadikan sandaran dalam pembentukan dasar bahasa Negara.
Bahan-bahan ini menampilkan gaya dan penulisan yang menggunakan laras bahasa
yang dianggap maju pada zaman tersebut. Malahan bahan-bahan tersebut disimpan
di university luar negara seperti di Universiti Leyden, Belanda. Jika dikatakan
bahan-bahan tersebut tidak mempunyai nilai, masakan Stamford raffles
mengarahkan Munsyi Abdullah membuat kajian dan penyelidikan , begitu dengan
Magellan yang telah menghasilkan 426 rangkaikata Bahasa Melayu dalam kamusnya.
Dokumen-dokemen perjanjian lama atau surat-surat yang dimetrai diantara kesultanan
melayu Melaka iaitu Sultan Mansur Shah kepada maharaja Jepun dengan Bahasa
Melayu. Oleh itu, surat tersebut menjadi bukti dokumen perjanjian tersebut
menjadi bukti asas kepada pembentukan dasar bahasa negara.
Dokumen-dokumen itu menjadi bukti sejauh mana dasar perancangan bahasa kita
telah mula berkembang sebelum dijajah sehinggalah kita mencapai kemerdekaan.
Malahan dokumen ini juga penting dan disimpan di Muzium dan arkib negara
sebagai rujukan.
B) Penterjemahan terbitan Ilmiah ke dalam Bahasa Melayu masih terketinggalan
kerana kita masih kekurangan pakar yang mampu menterjemah di dalam kebanyakan
bidang akademik.
Sejarah penterjemahan di Malaysia telah mula dilakukan sejak zaman kegemilangan
Melaka lagi. Keperluan pada peringkat awal bermula dengan kedatangan kuasa
asing ke alam Melayu. Para pentadbir iaitu pegawai Inggeris seperti R.O.
Winstedt dan W.G. Shellabear telah memberi sumbangan yang besar kepada mereka
yang ingin belajar Bahasa Melayu. Keperluan untuk berkomunikasi menyebabkan pegawai
Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu mula menggunakan buku terbitan berbentuk
terjemahan sebagai panduan bagi mereka menguasai Bahasa Melayu demi kepentingan
pentadbiran.
Kegiatan penterjemahan yang dilakukan sebelum merdeka adalah lebih tertumpu kepada
terbitan buku-buku agama seperti tauhid, usuludin, fekah dan tasauf. Anak watan
yang memainkan peranan tersebut adalah seperti Sheikh Idris Al- Marbawi, dan
Sheikh Al-Hadi.
Pejabat Karang Mengarang (PKM) melaksanakan tugasnya iaitu menulis,menterjemah,
dan menyunting buku pelajaran dan novel serta menyelenggara terjemahan. Za’ba
adalah seorang ahli bahasa yang memainkan peranan besar dalam bidang
penterjemahan Bahasa Melayu ketika beliau bertugas di Pejabat Karang Mengarang
di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim,Perak.
Manakala selepas merdeka kegiatan penterjemahan dilaksanakan oleh Dewan Bahasa
Dan Pustaka yang diletakkan dibawah Jabatan Pelajaran. Bagi membantu
memantapkan lagi usaha penterjemahan pada 8 April 1978 ditubuhkan Persatuan
Penterjemahan Malaysia(PPM). Atas desakan permintaan terhadap buku terjemahan
amat tinggi, dan gesaan daripada Majlis Tindakan Negara ,Bahagian Penterjemahan
diwujudkan pada 1 Mac 1986. Bagi memantapkan usaha penterjemahan dari pelbagai
bahasa antarabangsa, diwujudkan Biro Khidmat Terjemahan pada Jun 1985.
Akhirnya, Jemaah Menteri telah meluluskan penubuhan Institut Terjemahan Negara
Malaysia Berhad pada 28 April 1993 yang menyediakan kemudahan bagi pengembangan
kerja penterjemahan.
Walau bagaimanapun, dalam sejarah kegiatan penterjemahan yang begitu panjang,
penterjemahan terbitan Ilmiah ke dalam Bahasa Melayu masih terketinggalan
kerana kita masih kekurangan pakar yang mampu menterjemah di dalam kebanyakan
bidang akademik. Senario ini wujud adalah disebabkan beberapa fakta yang telah
dianalisis menjadi punca dan penyebabnya.
Faktor Perlukan Penyelidikan Yang Mendalam
Menurut Profesor Diraja Ungku Aziz, mengatakan bahawa penghasilan sesebuah buku
terjemahan berkurangan disebabkan kandungan penghasilannya yang memerlukan
penyelidikan yang mendalam . Tanpa kajian yang menyeluruh dan teliti, sukar
untuk dihasilkan terjemahannya.
Oleh itu , penterjemah yang bukan dalam bidangnya, tidak mungkin mampu
menterjemah keseluruhan idea asal daripada buku berkenaan. Contohnya, buku
sains dan tekonologi memerlukan seorang yang menguasai kepakaran dalam
kedua-dua bidang ilmu tersebut untuk menterjemahnya.
Ini diakui sendiri dalam buku ‘Perancangan Bersepadu Menjaga Kecemerlangan
Pendidikan’. Status semasa menunjukan bilangan penyelidikan fundamental dan
penyelidikan gunaan yang dijalankan di universiti adalah rendah di Malaysia. (
muka surat 4-19 ‘Pembangunan Pendidikan 2001-2010 pendidikan Tertiari, KPM)
Faktor masa dan ruang
Faktor masa dan ruang juga menjadi kekangan terhadap penterjemah yang ada.
Walaupun dilahirkan Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad dan juga Dewan
Bahasa Dan Pustaka, ianya tidak mencukupi kerana adanya ruang-ruang kosong yang
tidak boleh diisi oleh institusi berkenaan , contohnya kemajuan dalam bidang
teknologi satelit dan komunikasi .Kita masih memerlukan kepakaran luar negara
seperti Rusia dan Amerika.
Berbanding dengan kedua kuasa besar itu, kita masih diperingkat permulaan BAKSA
baharu ditubuhkan pada tahun 2004, oleh yang demikian dari aspek masa memang
tidak mencukupi untuk kita menyediakan penterjemah dalam bidang sains dan
tekonologi. Untuk melahirkan penterjemah yang baik, ianya hendaklah didasarkan
kepada bidang yang ditunjanginya. Jelas disini, bahawa bahan yang akan
diterjemah oleh pihak berkenaan akan menjadi bahan lapuk dan ketinggalan zaman.
Masa yang diambil terlalu lama untuk menghasilkan seorang penterjemah yang
berketrampilan dalam bidang yang disebutkan di atas. Ruang yang secukupnya
perlu disediakan untuk mengeluarkan lebih ramai pakar-pakar dalam bidang
berkenaan.
Faktor Risiko Kehilangan Modal
Mohd Yusuf Hashim berpendapat penerbit kurang berminat untuk menterjemah
buku-buku ke dalam Bahasa Melayu, disebabkan oleh faktor risiko kehilangan
modal. Jumlah permintaan buku-buku dalam Bahasa Melayu agak kecil berbanding
dengan penjualan buku dalam Bahasa Inggeris . Buku dalam bahasa Inggeris
mempunyai lebih luas pasarannya di antarabangsa.
Menurut Prof. Diraja Ungku Aziz dalam Prakata Persejarahan Melayu Nusantara,
Masalah dan Tafsiran, pasaran Buku Bahasa Inggeris jauh lebih luas kerana pihak
penerbit dapat memasarkan sehingga ke luar Negara, jika dibandingkan dengan
penterjemahan dalam Bahasa Melayu, penerbit hanya lebih menunpukan kpada
keperluan untuk untuk menerbit, dan jika hendak diharapkan keuntungan ternyata
buku terjemahan ini sekadar untuk mengisi keperluan institusi pengajian tinggi
dalam negara sahaja.
Selain itu, pakar-pakar ilmuan yang ada dan mahir dalam bidang tertentu tidak
dapat melaksakan penterjemahan dengan berkesan kerana mereka lebih berfokuskan
kepada teori semata-mata dan akhirnya tidak memberi apa-apa kesan. Para ilmuan
tidak dapat merekonstrusi epistomologis berteori . Mereka bercakap sahaja tanpa
pelaksanaannya. Ini diakui sendiri oleh Hasssan Ahmad dalam bukunya, ‘Imbasan’
muka surat 159. sub-tajuknya‘Sekiranya dunia barat menggenakan sekatan
teknologi’.
Berdasarkan laporan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri dalam
Rancangan Malaydia ke-7, Kekurangan siswazah lepasan sains secara relatifnya
lebih kecil walaupun ditambah dengan siswazah Malaysia yang dilatih diseberang
laut, telah memberi kesan terhadap bilangan personal. Pada masa ini terdapat
kira-kira 8300 penyelidik dan ahli sains sepenuh masa dan separuh masa. Ini
memberi nisbah 400 orang bagi sejuta penduduk yang masa dianggap rendah
berbanding dengan nisbah diantara 1000 orang bagi sejuta hinga 1500 orang bagi
sejuta penduduk dibeberapa negara perindustrian baru.
Berdasarkan angka ini kita dapati, saintis dan pakar kita sangat kurang,
justeru masalah penterjemahan menjadi lebih serius memandangkan tiadanya minat
yang mendalam untuk membuat penyelidikan dalam bidang-bidang tertentu. Tambahan
lagi tidak semuanya yang mempunyai kemahiran bahasa yang mantap untuk
menterjemah dalam bidang ilmu masing-masing ke dalam Bahasa Melayu. Kekangan
lain yang dihadapi adalah kekurang korpus-korpus dan perbendaharaan kata bahasa
teknikal turut membantut usaha penterjemahan.
Selain itu, menurut laporan Bahagian Pembangunan Pendidikan 2001-2010
menjelaskan, penyertaan pelajar dalam jurusan sains dan teknikal berkurangan.
Negara masih memerlukan ramai tenaga manusia yang mempunyai kepakaran,
contohnya dalam tahun 2000 hanya 27.7 peratus sahaja pelajar berada dalam
jurusan sains dan tenikal. Ianya masih jauh dari sasaran. Secara
perbandingannya, bila berkurangnya pelajar maka berkuranglah penghasilan
penterjemah yang berkebolehan dalam bidang-bidang tertentu.
Faktor Cara Penerbitan Perlu Dipermudahkan
Cara penerbitan perlu dipermudahkan manakala kualiti pembukuan dan penjilidan
yang bermutu tinggi sehingga harga buku melambung tinggi daripada asalnya
menjadi faktor menyumbang kepada berkurangnya proses penterjemahan. Ini diakui
oleh AF Yassin dalam ‘ Sembang Sastera Bersama Orang Persuratan” Karya –karya
agung yang menarik minat golongan remaja amat sukar diterjemahkan memandangkan
kos penjilidan yang melambung tinggi. Kos yang tinggi tidak mampu untuk
ditanggung oleh mana-mana penerbit. Ini kerana edaran dan pemasarannya amat
terhad.
Berkurangannya Yayasan dan badan-badan tertentu yang sanggup untuk menerbitkan
terjemahan berdasarkan harga kos yang begitu tinggi. Menurut AF Yassin, Yayasan
Karyawan sedang meneliti beberapa karya agung dunia dari barat dan timur untuk
diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Yayasan menganggarkan satu jumlah kos yang
besar untuk kerja-kerja menterjemahkannya.
Cadangan langkah-langkah mengatasi masalah tersebut
Masalah kekurangan pakar yang mampu menterjemah terbitan ilmiah di dalam
kebanyakan bidang akademik akan menjadi lebih kritikal sekiranya tidak
dirancangkan jalan penyelesaiannya. Oleh itu, Dato’ Hassan Ahmad dalam ‘Sembang
Sastera Bersama Orang Persuratan” ada menukilkan keperluan diwujudkan banyak
badan penterjemahan mengikut bidang-bidang yang tertentu. Ini sesuai dengan
pendapatnya yang mengatakan setakat ini hanya Dewan Bahasa Dan Pustaka sahaja
yang menjadi badan perncang bahasa untuk penterjemahan.
Manakala menurut Ahmad Sarji (2005),mengatakan perlu disediakan lebih ramai
masyarakat menguasai bahasa asing . Kepentingan ramai pelajar menguasai bahasa
asing dapat membantu usaha penterjemahan. Jika sedikit saintis dan jurutera
boleh kita tambah tetapi untuk menambah pelajar menguasai lebih satu bahasa
memerlukan satu proses yang lebih terancang .
Kesimpulannya, kita boleh membuat perbandingan dengan negara-negara Islam yang
lain seperti Mesir dan Iran yang mempunyai lebih ramai pakar dan saintis yang
mampu melahirkan lebih banyak bahan-bahan pertejemahan ilmiah dalam bahasa
masing –maisng untuk kepentingan dan pembangunan Negara.
Saya ingin meminjam kata-kata Hassan Ahmad dalam buku ‘Imbisan’ muka surat 159,
Para ilmuan Islam cuma habis setakat merekonstruksi epistemologis (teori) ilmu
Islam, mereka bercakap sahaja tetapi tiada sampai ke peringkat pelaksanaan.
Oleh itu, saya menyokong pendapat yang dikemukan oleh Hassan Ahmad bahawa kita
perlu melaksanakan dengan segera sesuatu tindakan iaitu penterjemahan terbitan
ilmiah ke dalam Bahasa Melayu dengan lebih bersungguh-sungguh. Kita tidak perlu
menuding salah kepada mana-mana pihak kerana seperti kata Pak Arena Wati
‘Sokongan semua pihak dapat mempercepatkan lagi proses penterjemahan dan kita
jangan takut untuk merancang’ , sepatutnya kita telah merancang untuk
melahirkan lebih ramai pakar penterjemah buku-buku ilmiah sejak dibangku
sekolah lagi. Akhir sekali, ,kita boleh juga mendapat kerja sama yang padu
daripada pakar-pakar dari Indonesia dan Brunai untuk meperkembangkan proses
penterjemahan ini.
C) Kajian Tinjauan Ringkas Tentang Tahap Pengetahuan Pelajar-pelajar Sekolah
Menengah Berkenaan Proses Dan Bentuk Penterjemahan.
Bagi melengkapkan kajian tinjauan ringkas berhubung tahap pengetahuan
pelajar-pelajar sekolah menengah mengenai proses dan bentuk penterjemahan, maka
satu set borang soal selidik telah dijadikan instrument bagi membuat penilaian
mengenainya. Sampel kajian yang dipilih adalah terdiri daripada kalangan
pelajar-pelajar SMK Tunku Abdul Aziz, Simpang Empat, 06800 Alor Setar,Kedah.
Seramai sepuluh orang pelajar Tingkatan 6 Rendah dan 6 Atas yang terdiri
pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India.
Berdasarkan keputusan borang selidik yang telah diproses, didapati pengetahuan
tentang sejarah penterjemahan adalah amat lemah. 70 peratus dikalangan pelajar
tidak mengetahui bahawa sejarah penterjemahan telah dimulai sejak zaman kegemilangan
Melaka lagi.
Selain itu, pelajar-pelajar juga tidak mengenali tokoh-tokoh penting bidang
perkamusan seperti R.O Winstedt dan W.G. Shellaber. 60 peratus , tidak setuju
dua tokoh ini terlibat dan terbabit secara serius dalam bidang penterjemahan.
Walau bagaimanapun begitu, sebahagian besar pelajar-pelajar bersetuju
penguasaan bahasa asing penting untuk proses penterjemahan. Walaupun mereka
tidak mengenal tokoh barat dalam bidang penterjemahan, mereka amat mengenali
Za’ba sebagai tokoh yang penting dalam penterjemahan negara dan 90 peratus di
kalangan pelajar mengakui bahawa Za’ba memainkan peranan penting dalam proses
penterjemahan di Maktab Perguruan Sultan Idris.
Memandangkan mereka adalah pelajar yang sudah mula membuat rujukan bagi
menyiapkan pelbagai tugasan, mereka mendapati bahawa bahan rujukan dalam Bahasa
Melayu adalah terhad. Justeru itu, 70 peratus dari kalangan pelajar bersetuju
tentang kepentingan buku terjemahan sebagai bahan rujukan akademik atau ilmiah.
Walaupun pelajar-pelajar tingkatan enam ini masih baru dalam bidang pengkajian
bahasa, didapati mereka sudah didedahkan tentang karya-karya agung yang telah
diterjemah ke dalam Bahasa Melayu. Justeru itu, 80 peratus memahami dan
mengetahui bahawa beberapa karya agung seperti Hikayat Iskandar Zulkarnain,
Hikayat Amer Hamzah, Hikayat Bayan Budiman adalah bahan saduran luar.
Apabila ditinjau berhubungkait dengan konsep dan definisi terjemahan, didapati
60 peratus tidak memahami konsep terjemahan. Sehubungan itu, sebahagian besar
pelajar tidak bersetuju bahawa penterjemah biasanya mengkhusus dalam bidang
tertentu sahaja.
Dalam membantu proses pemahaman konteks petikan dan apa juga penulisan , kamus
memainkan peranan yang amat penting. Justeru itu, 70 peratus pelajar bersetuju
bahawa kamus merupakan khazanah yang memuatkan pelbagai kosa kata sesuatu
bahasa.
Oleh itu, para pelajar telah sedia maklum bahawa tujuan proses penterjemahan
adalah untuk memindahkan bahasa sumber kepada bahasa sasaran. 80 peratus
pelajar memahami, bahawa penterjemahan adalah perubahan teks dalam bahasa yang
berlainan kepada tulisan iaitu buku.
Ditinjau berkaitan dengan teori terjemahan pula, 90 peratus pelajar memahami
bahawa teori terjemahan adalah teori linguistik. Walau bagaimanapun, 60 peratus
pelajar masih belum memahami tentang prinsip umum berasas hujah yang munasabah,
tetapi mereka bersetuju bahawa penterjemah tidaklah boleh menterjemah sesuatu
bahan sumber secara terjemahan perkataan demi perkataan.
Para pelajar yang terlibat dalam kajian tinjauan ini didapati masih belum
memahami bahawa untuk mendapatkan proses penterjemahan yang berkualiti
memerlukan kepakaran yang tinggi dalam bidang kepakarannya dan bidang bahasa.
Sebahagian daripada respondan menganggap penterjemah tidak memerlukan
kepakaran.
Dianalisis dari sudut pendekatan langsung dalam penterjemahan, majoriti pelajar
bersetuju bahawa sebagai pelajar sekolah menengah boleh melakukan penterjemahan
yang baik mengikut aras bahan sumber yang relevan dengan kemampuan mereka.
Pelajar-pelajar juga bersetuju bahawa pendapat yang menyatakan bahan
penterjemahan bahan ilmiah di Malaysia masih belum mencukupi. Oleh itu, 60
peratus menyetujui pendidikan penterjemahan perlu diberi ruang kepada pelajar
peringkat sekolah menengah untuk berjinak dalam bidang penterjemahan.
Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa tahap pengetahuan
pelajar-pelajar sekolah menengah yang dijalankan kajian ini adalah masih rendah
berkaitan proses dan bentuk penterjemahan. Bagi menyediakan asas penterjemahan
dari peringkat sekolah menengah pengetahuan berkaitan sejarah perkembangan
penterjemahan dan kepentingan penterjemahan kepada masyarakat perlu diberi
penekanan dalam pendidikan peringkat menengah.
Disediakan oleh :
Panglima
SMP OUM 2009
Rujukan :
AF Yassin(1996). Sembang Sastera Bersama Orang Persuratan.Shah Alam. Fajar
Bakti.
Abdul Ghani Abu. ( 12 Jun 2001) .Guna Sejarah Untuk Bina Masa Depan.Johor
Bahru.Utusan Malaysia. http://skypin.tripod.com/kolum/kolum67.html
Ahmad Sarji.(2005). Sekadar Pendapat. Kuala Lumpur.Institut Kefahaman Malaysia.
Arba’iyah Mohd Noor.(2006). Ilmu Sejarah dan Persejarahan .Kuala Lumpur :Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Hassan Ahmad. (2000).Imbasan.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka
Kasim Ahmad(2000). Karya Sejarah Pendekatan Soalan Edisi 2.Kuala Lumpur.Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia, Blok J, Pusat Bandar Damansara. (2001).
Perancangan Bersepadu Menjana Kecemerlangan Pendidikan , Pembangunan Pendidikan
(2001-2010). Kuala Lumpur. A.G. Grafik Sdn. Bhd.
Mohamad Yusoff Hashim.(1988).Persejarahan Melayu Nusantara :Siri Penyelidikan
.Kuala Lumpur :TP Teks Publishing Sdn. Bhd.
Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.(1996).Rancangan Malaysia
Ke-7(1996-2000).Kuala Lumpur. Percetakan Nasional Malaysia Berhad.