Saturday 21 April 2012

Ada Hikmah

Kemalangan.  Memang tak siapa nak terlibat dalam kemalangan, tetapi itulah yang terjadi.  Kejadiannya di persimpangan jalan.  memang tak ada kereta di lorong kedua.  Jadi anggapan ku bahawa kereta di belakang lori akan membelok ke kiri sama dengan lori tersebut.  Jadi ambil keputusan redah, tiba-tiba anak bujang kata mak ada kereta, jadi brek juga, tetapi terlanggar juga.
  Perkara pertama terfikir, mesti minta maaf, terbayang ni berbakul-bakullah cacian yang akan ku dapat. Lepastu keluar kereta dan nampak pangkat adik/anak terus minta maaf.  Nasib baik dia tanya akak tak apa-apa.  Alhamdullillah, pertama kerana selamat kedua kerana sangkaan meleset.  Masih ada yang baik dan berfikiran waras bila ditimpa kemalangan.  Muafakat secara baik ok.
  Perkara kedua kenderaaan apa yang akan digunakan bila kemalangan.  Kereta dijanjikan siap tiga minggu, secara kasar rancangan kerja mekanik, ikut kata dia, pertama tengok kerosakan dan order barang dalam seminggu, barang dapat teruskan dengan membaiki  seminggu dan seminggu lagi cat. Memang cantik bunyi.  Kalau nak naik bas dari Paya Emas nak ke Bukit Rambai memang tidak ada bas terus.  Jadi mintak hantar encik suami alamat memang tak dapatlah.   Tetapi cuba, manalah tahu angin bagus, boleh encik suami hantar, memang boleh satu hari sahaja sehari selepas kemalangan kata encik suami hari  Jumaat esok, lepas tu pergi naik Kancil yang ada.  Masalahlah sebab selama ini bawa auto ni tiba-tiba nak bawak manual, satu masalah besar, tetapi itulah yang terpaksa dilakukan. 
  Hari Isnin, malam lagi dah berdebar-debar, nak bawak kereta manual,  boleh, tak boleh, boleh, tak boleh.  Cakap dengan anak pergi bersiap cepat, 6.30 dari rumah, supaya tidak menyusahkan diri dan orang lain, jadi ok jalan, lampu isyarat pertama dah mati enjin, nasib baik kereta tak banyak,  lepas itu berdebar-debar sampai ke tidak tempat kerja,  Lampu isyarat kedua masalah yang sama dan depan tempat kerja masalah yang sama, nak parking masalah yang sama, mati enjinnnnnnnnnnnnnnnnn. Hari itu dalam perjalanan nak ke tempat kerja 5 kali mati enjin.
  Pergerakan agak terhad, naik kereta dan memandu atas tujuan betul-betul perlu, tidak ada shoping atau beli barang-barang yang tak perlu, sampai biskut atau apa-apa kudapan memang berkurangan sepanjang masa membawa manual, sampai anak dan emak seperti pelik, balik ke rumah tidak kemana-mana.  Dan si anak kata, "emak tak pergi jalan-jalan ye, bawak kereta tu", diam ya dalam hati mengakui kerana takut.  Setelah dua minggu membawa manual tersebut, bolehlah dikatakan boleh, tidak mahir sangat dan mati enjin sudah tak ada, parkingpun  tak mati enjin, tetapi  tetap juga takut.  Ada baiknya tak keluar rumah, wang kurang digunakan, dan rupanya ada masalah lain, budak-budak belajar nak guna kewangan yang memang agak banyak, lebih kurang enam ratus, dahlah membayar baki beli peti sejuk berjumlah RM680, pada bulan itu juga, jadi memang banyak lebih yang sepatutnya dibelanjakan.
  Satu pengalaman yang menarik, bila dipersimpangan yang ada jalan yang menaik sedikit membawa masalah kepada saya kereta mengundur.  Jadi kerana masalah tersebut pernah sampai terpaksa menyuruh orang lain dahulu, kebetulan di belakang  rakan sekerja yang tidak mengetahui saya bawa kereta lain dan manual, dan saya suruh jalan dulu dengan signal tangan keluar, memang memalukan kepada yang malu,tetapi saya rasa apalah nak dimalukan daripada saya mendapat bunyi hon, baik saya mulakan dahulu.  
  Esok sampai di tempat kerja, saya menjadi bahan ketawa, nasib baiklah saya pernah katakan bahawa saya nak tampal lesen L, jadi kawan-kawan lain tidak lah terkejut beruk, bila kejadian tersebut berlaku, memang mereka dah jangka.
   Alhamdullilah kereta dah siap, jangka 3 minggu, jadi 4 minggu, tak apa dalam hati bolehlah aku memahirkan diri dengan manual.
Jadi pengajaran
1. Allah maha penyayang, lebih mengetahui setiap kejadian ada hikmah yang tersembunyi
2.  Kurang perbelanjaan
3.  Lebih mahir memandu manual