Sunday 30 December 2012

Pendaftaran tahun 1

Hari Orientasi tahun satu 2013.
Nama sahaja orientasi tahun 2013.  Sekolah saya memulakan langkah awal 29 Disember.  Sepatutnya bila dah dirancang jalan aje.  Tetapi super woman sentiasa menukarkan di saat-saat akhir.  Ni nak cerita perangai super woman ni, memang dia suka menukarkan rancangan di saat-saat akhir.  Bukan sekali, malahan setiap program yang dirancang.  Semasa merancang, asyik cakap awak buat, awak buat, nanti saya ikut sahaja.  Kalau ikut betul tak apa ini, siap ubah sana, ubah sini.  Memang bengang dengan super woman ni.  Kalaulah yang dibuatnya itu menambah baik tak apa, tetapi menjadikan caca marba.  Entahlah super woman, bila nak berubah.  Lantak engkaulah.

Berbalik kepada hari suai kenal tahun satu.  Jadi guru pembantu tahun satu C bahagian mengendalikan pengurusan murid di dalam kelas.  Asalnya hanya diberi lembaran kerja, tau-tau ada penilaian untuk murid, tak ke haru.  Ibu bapa tanya, terpaksa buat muka blur, entah nak jaga ke tidak, jadi jawab pada ibu bapa, rancangan terpaksa ditukar saat akhir.  Baru daftar, nama tak ada, nama salah tulis, nama salah bapa, jadi terpaksa jadi pendaftar yang baru, terasa seperti kerani undi pula cari nama.  Bukan seorang ramai.  Sepuluh  tahun di sekolah yang sama, rasanya tidak pernah lagi nama yang ada dalam daftar ada semua dalam pendaftaran, mesti bertambah.  Entah apa sibuknya ibu bapa sehingga terlupa anaknya sepatutnya didaftarkan.  Tak tahulah bila minda ibu bapa boleh terbuka.  Biarpun bukan semua, tetapi perkara tersebut mendatangkan masalah juga memandangan pembahagian kelas telah diagihkan.

Cukup keluhan kali ini, semoga saya menjadi orang yang sentiasa positif pada hari seterusnya.   Aminnnnnnnnnn.


Dah lama tak mengisi ruangan ini.  Memang luahan tak ada kesibukan yang direka.  Sekarang dah tamat belajar yahoooooooooooooooooo.  Mudah-mudahan cepat dapat lantikan. aMinnnnnnnnnnnn.