Sunday 21 December 2014

KERANGKA TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELARAS  KELAB / PERSATUAN / BADAN BERUNIFORM

1.    Mengatur rancangan / jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan PPD sepanjang tahun.

2.     Membantu GPK Kokurikulum dan Setiausaha Kokurikulum membahagikan murid mengikut KELAB dan PERSATUAN..

3.     Membantu Setiausaha Kokurikulum menetapkan guru penasihat  kelab / persatuan serta membahagikan tugas kelab/persatuan kepada guru.

4.     Mengenal pasti murid yang berpontensi untuk mewakili sekolah.

5.     Mengenal pasti murid yang layak mendapat bantuan uniform.

6.     Membantu GPK Kokrikulum dan SU kokurikulum menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara kelab/persatuan / badan beruniform  sekolah supaya sesuai dengan hari, masa dan tempat. 

7.     Membantu SU Kokurikulum menyelaras tempat dan keperluan untuk acara-acara anjuran sekolah ,daerah dan negeri.

8.     Mengatur rancangan lengkap untuk Program utama dan pembangunan unit masing-masing.

9.     Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan yang disertai oleh unit masing-masing.

10.  Mengawal selia dan menjaga alat kelab / persatuan/ badan beruniform dengan keadaan yang baik.

11.  Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi kelab / persatuan / badan beruniform sekolah.

12.  Membantu GPK Kokurikulum memantau perjalanan aktiviti kokurikulum unit masing-masing .

13.  Membantu SU Kokurikulum memastikan segala aktiviti kokurikulum direkod.

14.  Membantu SU Kokurikulum memastikan maklumat penyertaan murid dalam aktiviti anjuran sekolah, daerah, negeri direkod.

15.  Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan diperbaiki oleh unit masing-masing mengikut keutamaan.

16.  Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

17. Mengumpul buku aktiviti untuk edaran, rujukan dan rekod  membuat laporan tahunan keseluruhan  tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah

Tanggungjawab Guru Penasihat / Pemimpin

1.            Memastikan mesyuarat agung diadakan bagi tujuan melantik ahli jawatankuasa.

2.             Memastikan ada perlembagaan dan peraturan.

3.             Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.

4.            Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama murid.

5.            Memastikan aktiviti mengikut jadual yang ditetapkan.

6.            Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan pasukan badan beruniform, persatuan/ kelab serta kelab sukan dan permainan.

7.            Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda dan peralatan kokurikulum diurus dan dipelihara dengan baik.

8.            Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disedia dan difailkan.

9.            Setiap pasukan badan beruniform, persatuan/ kelab serta kelab sukan dan permainan.

10.         Bertanggung jawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.

11.          Mengurus penyertaan ahli dalam aktiviti di peringkat sekolah/zon/daerah dalam aktiviti yang dijalankan.

12.         Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.

13.         Memantau dan menandatangani Buku Kehadiran Ahli.

14.          Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan degan unit yang diwakili.

15.          Menentukan papan kenyataan digunakan dan dimanfaatkan dengan sepenuhnya.

16.          Memastikan tidak ada unsur negatif dan tidak sihat tersebar dalam kalangan ahli.

17.         Mencadangkan nama ahli yang layak menerima sijil penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.

18.         Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.

19.         Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru besar dari masa ke semasa.



Cuba selesaikan kerja mengikut jadual.

Dah lama  update blog ni. Sampai lupa macammana bak buka.