Hari Guru
Hari ini Hari Guru. Ingin mengimbas kembali pengalaman sebagai murid. Bersekolah pada tahun 1971 tanpa tadika di SRK Abg Abd Kadir. Mula-mula pegang pensel memang keras tangan. Salah seorang Cikgu yang memegang tangan ialah Cikgu Rashidah Julaihi. Moga sentiasa sihat cikgu saya ini. Belajar di bangunan 2 tingkat. Belajar di tingkat bawah. Satu keunikannya ialah bila orang naik tangga kita boleh melihatnya melalui lubang udara. Belum sampai enam bulan pindah ke sekolah baru, kerana arwah ayah meninggal dan tinggal bersama dengan mak saudara dan bapak saudara.
Sekolah Rendah Kerajaan Balingan . Di sini belajar lebih senang atau mudah kerana tumpuan guru pada muridnya lebih sebab kawan-kawan kurang atau dengan erti kata lain murid tidak sampai 25 orang. Masih ingat lagi kawan terdiri daripada sepupu, dua pupu dan saudara mara dalam satu kelas. Tidak ada masalah pergaulan kerana mungkin pada masa itu semua murid baik-baik agaknya. (entahlah memang tak nakal)
Cikgu yang membimbing ialah cikgu Wasli. Banyak impak saya belajar di sini, antaranya ada sudut bacaan. Siap kerja cikgu kata boleh baca buku. Berebut-rebut nak baca buku " angsa dan kura-kura" yang sampai sekarang saya masih ingat ceritanya. Selalunya buku tersebut jadi rebutan, kerana saiznya yang besar dan warnanya menarik. Di sini juga saya masih ingat apa yang guru ajar. Dan sampai sekarang tak boleh lupa, apabila tidak dapat jawab soalan, tinggal sehingga dapat jawab soalan tersebut. Kedudukan barat, timur, utara dan selatan. Masih darjah satu tetapi sudah ada mata pelajaran ilmu alam.
Memandangkan kebanyakan daripada kami ialah orang susah, maka cikgu akan membenarkan kami berhutang untuk membeli buku latihan (15 sen sahaja). Bila buku habis ambil dan bayar kemudian. Itupun bayar 5 sen, sekali. (Kali pertama berhutang) Sayalah tu, sementara tunggu emak datang menjenguk.Terima kasih cikgu kerana berbuat demikian demi anak murid.
Menariknya belajar di sini juga, sepupu yang lahir 1962(1), 1966(2) dan saya 1964 (4) bersama sama setiap pagi ke tali air kerana hendak mandi. Kami akan mandi bersamua-sama (rumah berdekatan) setiap pagi . Selalunya saya akan duduk di rumah emak saudara yang sulung. Sepupu saya akan memerhatikan kami belajar dan mengenal pasti kelemahan kami. (Terima kasih kak Esah) Dia tahu saya tidak boleh belajar dalam suasana bising, dia jauhkan sedikit. Dia jugalah merangkap tukang jahit baju dan pengurus kami.
Belajar di SK Balingan sehingga darjah 4.
Friday, 15 May 2015
Tuesday, 6 January 2015
Seminggu dah berlalu dalam bulan Januari 2015. Jadi nak mengimbau sepanjang tahun 2014. Awal Januari 2014 menjadi guru 4D. Guru kelas sementara dan mengajar Bahasa Inggeris bagai. Memang agak kelam kabut juga, mana nak kejar tugas sbg guru bimbingan. Nasib baik ada rakan guru yang masuk sekolah kami dan dia dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk menguruskan tugasan tersebut. Agak lama juga menjadi guru kelas, sampai buat lapik meja dan mengurus jadual kelas sehingga pertengahan Februari.
Kehadiran cikgu baru banyak memberi impak kepada perubahan tugasan. Harapan pentadbir amat tinggi terhadap beliau. Saya memang mencari rakan yang senang berurusan dengan pentadbir agar kerja akan menjadi lebih mudah. Maka kehadirannya amat dinantikan.
Mei perlu perubahan. Mendapat tugasan di tempat baru. Bertugas di tempat baru. Sepatutnya bermula 15 Mei 2014. Terapi ditangguhkan sehingga cuti penggal. Maka bermula episod baru ditempat baru. semoga tempat ini akan lebih baik daripada yang sudah-sudah.
Sekarang sudah setenggah tahun. Ok kot tempat baru. Saya berharap saya akan menjadi lebih baik daripada tempat lama.

Sunday, 21 December 2014
KERANGKA
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENYELARAS KELAB
/ PERSATUAN / BADAN BERUNIFORM
1.
Mengatur rancangan / jadual sekolah
yang sesuai dengan rancangan PPD sepanjang tahun.
2.
Membantu GPK Kokurikulum dan Setiausaha
Kokurikulum membahagikan murid mengikut KELAB dan PERSATUAN..
3.
Membantu Setiausaha Kokurikulum menetapkan
guru penasihat kelab / persatuan serta
membahagikan tugas kelab/persatuan kepada guru.
4.
Mengenal pasti murid yang berpontensi untuk
mewakili sekolah.
5.
Mengenal pasti murid yang layak mendapat
bantuan uniform.
6.
Membantu GPK Kokrikulum dan SU kokurikulum
menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara kelab/persatuan / badan
beruniform sekolah supaya sesuai dengan
hari, masa dan tempat.
7.
Membantu SU Kokurikulum menyelaras tempat dan
keperluan untuk acara-acara anjuran sekolah ,daerah dan negeri.
8.
Mengatur rancangan lengkap untuk Program utama
dan pembangunan unit masing-masing.
9.
Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah
dalam kegiatan-kegiatan yang disertai oleh unit masing-masing.
10.
Mengawal selia dan menjaga alat kelab /
persatuan/ badan beruniform dengan keadaan yang baik.
11.
Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan
prestasi kelab / persatuan / badan beruniform sekolah.
12.
Membantu GPK Kokurikulum memantau perjalanan
aktiviti kokurikulum unit masing-masing .
13.
Membantu SU Kokurikulum memastikan segala
aktiviti kokurikulum direkod.
14.
Membantu SU Kokurikulum memastikan maklumat
penyertaan murid dalam aktiviti anjuran sekolah, daerah, negeri direkod.
15.
Mencadangkan peralatan-peralatan dan
kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan diperbaiki oleh unit masing-masing
mengikut keutamaan.
16.
Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Besar dari masa ke semasa.
17.
Mengumpul buku aktiviti untuk
edaran, rujukan dan rekod membuat
laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti
dan pencapaian kokurikulum sekolah
Tanggungjawab Guru
Penasihat / Pemimpin
1.
Memastikan mesyuarat agung diadakan bagi
tujuan melantik ahli jawatankuasa.
2.
Memastikan ada perlembagaan dan peraturan.
3.
Memastikan aktiviti selaras dengan objektif
sekolah.
4.
Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama
murid.
5.
Memastikan aktiviti mengikut jadual yang
ditetapkan.
6.
Merancang strategi untuk peningkatan
kecemerlangan pasukan badan beruniform, persatuan/ kelab serta kelab sukan dan
permainan.
7.
Memastikan pengurusan kewangan dan harta
benda dan peralatan kokurikulum diurus dan dipelihara dengan baik.
8.
Memastikan minit mesyuarat dan laporan
aktiviti disedia dan difailkan.
9.
Setiap pasukan badan beruniform, persatuan/
kelab serta kelab sukan dan permainan.
10.
Bertanggung jawab memberi bimbingan dan
tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.
11.
Mengurus penyertaan ahli dalam aktiviti di
peringkat sekolah/zon/daerah dalam aktiviti yang dijalankan.
12.
Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan
pencapaian ahli.
13.
Memantau dan menandatangani Buku Kehadiran
Ahli.
14.
Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang
berkaitan degan unit yang diwakili.
15.
Menentukan papan kenyataan digunakan dan
dimanfaatkan dengan sepenuhnya.
16.
Memastikan tidak ada unsur negatif dan tidak
sihat tersebar dalam kalangan ahli.
17.
Mencadangkan nama ahli yang layak menerima
sijil penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
18.
Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam
menjayakan sesuatu program.
19.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan
oleh guru besar dari masa ke semasa.
Sunday, 30 December 2012
Pendaftaran tahun 1
Hari Orientasi tahun satu 2013.
Nama sahaja orientasi tahun 2013. Sekolah saya memulakan langkah awal 29 Disember. Sepatutnya bila dah dirancang jalan aje. Tetapi super woman sentiasa menukarkan di saat-saat akhir. Ni nak cerita perangai super woman ni, memang dia suka menukarkan rancangan di saat-saat akhir. Bukan sekali, malahan setiap program yang dirancang. Semasa merancang, asyik cakap awak buat, awak buat, nanti saya ikut sahaja. Kalau ikut betul tak apa ini, siap ubah sana, ubah sini. Memang bengang dengan super woman ni. Kalaulah yang dibuatnya itu menambah baik tak apa, tetapi menjadikan caca marba. Entahlah super woman, bila nak berubah. Lantak engkaulah.
Berbalik kepada hari suai kenal tahun satu. Jadi guru pembantu tahun satu C bahagian mengendalikan pengurusan murid di dalam kelas. Asalnya hanya diberi lembaran kerja, tau-tau ada penilaian untuk murid, tak ke haru. Ibu bapa tanya, terpaksa buat muka blur, entah nak jaga ke tidak, jadi jawab pada ibu bapa, rancangan terpaksa ditukar saat akhir. Baru daftar, nama tak ada, nama salah tulis, nama salah bapa, jadi terpaksa jadi pendaftar yang baru, terasa seperti kerani undi pula cari nama. Bukan seorang ramai. Sepuluh tahun di sekolah yang sama, rasanya tidak pernah lagi nama yang ada dalam daftar ada semua dalam pendaftaran, mesti bertambah. Entah apa sibuknya ibu bapa sehingga terlupa anaknya sepatutnya didaftarkan. Tak tahulah bila minda ibu bapa boleh terbuka. Biarpun bukan semua, tetapi perkara tersebut mendatangkan masalah juga memandangan pembahagian kelas telah diagihkan.
Cukup keluhan kali ini, semoga saya menjadi orang yang sentiasa positif pada hari seterusnya. Aminnnnnnnnnn.

Subscribe to:
Posts (Atom)