Saturday, 21 April 2012

Ada Hikmah

Kemalangan.  Memang tak siapa nak terlibat dalam kemalangan, tetapi itulah yang terjadi.  Kejadiannya di persimpangan jalan.  memang tak ada kereta di lorong kedua.  Jadi anggapan ku bahawa kereta di belakang lori akan membelok ke kiri sama dengan lori tersebut.  Jadi ambil keputusan redah, tiba-tiba anak bujang kata mak ada kereta, jadi brek juga, tetapi terlanggar juga.
  Perkara pertama terfikir, mesti minta maaf, terbayang ni berbakul-bakullah cacian yang akan ku dapat. Lepastu keluar kereta dan nampak pangkat adik/anak terus minta maaf.  Nasib baik dia tanya akak tak apa-apa.  Alhamdullillah, pertama kerana selamat kedua kerana sangkaan meleset.  Masih ada yang baik dan berfikiran waras bila ditimpa kemalangan.  Muafakat secara baik ok.
  Perkara kedua kenderaaan apa yang akan digunakan bila kemalangan.  Kereta dijanjikan siap tiga minggu, secara kasar rancangan kerja mekanik, ikut kata dia, pertama tengok kerosakan dan order barang dalam seminggu, barang dapat teruskan dengan membaiki  seminggu dan seminggu lagi cat. Memang cantik bunyi.  Kalau nak naik bas dari Paya Emas nak ke Bukit Rambai memang tidak ada bas terus.  Jadi mintak hantar encik suami alamat memang tak dapatlah.   Tetapi cuba, manalah tahu angin bagus, boleh encik suami hantar, memang boleh satu hari sahaja sehari selepas kemalangan kata encik suami hari  Jumaat esok, lepas tu pergi naik Kancil yang ada.  Masalahlah sebab selama ini bawa auto ni tiba-tiba nak bawak manual, satu masalah besar, tetapi itulah yang terpaksa dilakukan. 
  Hari Isnin, malam lagi dah berdebar-debar, nak bawak kereta manual,  boleh, tak boleh, boleh, tak boleh.  Cakap dengan anak pergi bersiap cepat, 6.30 dari rumah, supaya tidak menyusahkan diri dan orang lain, jadi ok jalan, lampu isyarat pertama dah mati enjin, nasib baik kereta tak banyak,  lepas itu berdebar-debar sampai ke tidak tempat kerja,  Lampu isyarat kedua masalah yang sama dan depan tempat kerja masalah yang sama, nak parking masalah yang sama, mati enjinnnnnnnnnnnnnnnnn. Hari itu dalam perjalanan nak ke tempat kerja 5 kali mati enjin.
  Pergerakan agak terhad, naik kereta dan memandu atas tujuan betul-betul perlu, tidak ada shoping atau beli barang-barang yang tak perlu, sampai biskut atau apa-apa kudapan memang berkurangan sepanjang masa membawa manual, sampai anak dan emak seperti pelik, balik ke rumah tidak kemana-mana.  Dan si anak kata, "emak tak pergi jalan-jalan ye, bawak kereta tu", diam ya dalam hati mengakui kerana takut.  Setelah dua minggu membawa manual tersebut, bolehlah dikatakan boleh, tidak mahir sangat dan mati enjin sudah tak ada, parkingpun  tak mati enjin, tetapi  tetap juga takut.  Ada baiknya tak keluar rumah, wang kurang digunakan, dan rupanya ada masalah lain, budak-budak belajar nak guna kewangan yang memang agak banyak, lebih kurang enam ratus, dahlah membayar baki beli peti sejuk berjumlah RM680, pada bulan itu juga, jadi memang banyak lebih yang sepatutnya dibelanjakan.
  Satu pengalaman yang menarik, bila dipersimpangan yang ada jalan yang menaik sedikit membawa masalah kepada saya kereta mengundur.  Jadi kerana masalah tersebut pernah sampai terpaksa menyuruh orang lain dahulu, kebetulan di belakang  rakan sekerja yang tidak mengetahui saya bawa kereta lain dan manual, dan saya suruh jalan dulu dengan signal tangan keluar, memang memalukan kepada yang malu,tetapi saya rasa apalah nak dimalukan daripada saya mendapat bunyi hon, baik saya mulakan dahulu.  
  Esok sampai di tempat kerja, saya menjadi bahan ketawa, nasib baiklah saya pernah katakan bahawa saya nak tampal lesen L, jadi kawan-kawan lain tidak lah terkejut beruk, bila kejadian tersebut berlaku, memang mereka dah jangka.
   Alhamdullilah kereta dah siap, jangka 3 minggu, jadi 4 minggu, tak apa dalam hati bolehlah aku memahirkan diri dengan manual.
Jadi pengajaran
1. Allah maha penyayang, lebih mengetahui setiap kejadian ada hikmah yang tersembunyi
2.  Kurang perbelanjaan
3.  Lebih mahir memandu manual
  

Wednesday, 6 July 2011

Guru sebagai agen moral

Kepimpinan guru pada peningkatan  pencapaian matlamat sekolah  berlaku menerusi nilai-nilai seperti:

1.       Penjana budaya sekolah
2.       Menukar kepemimpinan
3.       Kepimpinan pengajaran
4.       Kepimpinan membuat keputusan
5.       Kepimpinan guru dalam mengurus bilik darjah
6.       Kepimpinan guru dan pengupayaan dalam bilik darjah
7.       Memperkasakan kecerdasan emosi pelajar
8.       Pembentukan kumpulan kerja dalam bilik darjah
9.       Mengamalkan komunikasi yang efektif
Beberapa kompeten kempimpinan guru iaitu:
1.       Memiliki ilmu pengetahuan yang luas, mendalam dan terkini
2.       Cekap menggunakan segala sumber yang ada secara optimum
3.       Memiliki budaya jati diri
4.       Mempunyai wawasan organisasinya, berkebolehan menterjemah wawasan menjadi pelan tindakan yang pratikal dan fleksibel
5.       Mengamalkan budaya beretika
6.       Mahir berkomunikasi dengan berkesan
7.       Sentiasa memantau dan menilai perkembangan setiap program dan organisasi
8.       Produktif

KEPIMPINAN GURU DAN BUDAYA SEKOLAH
Guru adalah pemimpin yang berperanan sebagai agen perubahan.  Guru melakukan perubahan ke atas sekolah dan bilik darjah.  Kenyataan ini mencerminkan guru memainkan pereanan yang penting secara positif dalam sekolah.
                Malah, menjurus pada pengertian yang lebih mendalam guru adalah individu yang menggariskan hala tuju dan membentuk warga pelajar ke arah merelisasikan hala tuju itu dengan nilai kepimpinan yang positif.
                Kepimpinan guru dalam budaya sekolah dapat dilihat menerusi  beberapa  peranan yang dimainkan.  Antara peranan adalah seperti berikut:

1.       Pengajar
Memahamkan pelajar berkaitan konsep dengan mudah, sistematik, seronok dan bermakna.  Agen mempertingkatkan prestasi pelajaran pelajar.  Di samping  ia turut sama berperanan sebagai individu yang menjadi jambatan rujukan pengetahuan dan maklumat pada warga pelajar.

2.       Pembimbing
Membimbing pelajar ke arah bersikap rasional, realistik dan kondusif bagi menghadapi dan menyelesaikan masalah ekoran cabaran hidup.

3.       Fasilitator
Pemudah cara dan mentor dalam membantu perjalanan harian dalam dan di luar kelas.  Guru juga berpepranan sebagai mentor ataupun tempat rujukan pelajar semasa memerlukan pandangan dan tunjuk ajar.

4.       Inventor
Memperkenalkan inovasi daripada aspek inovasi teknik dan sebagai agen yang membawa perubahan pada suasana dan persekitaran pembelajaran pelajar.  Hal ini sejajar dengan keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memfokuskan pada pembinaan pelajar kea rah insane yang seimbang kreatif dan kritis.
5.       Pengurus
Mampu mengurus dengan cekap, sempurna dan otomatis dalam memupuk disiplin kendiri pelajar.  Disiplin cemerlang akademik cemerlang.  Se;lain itu, guru berperanan sebagai pengurus bilik darjah yang sistematik dan teratur bagi memastikan segala urusan yang berkaitan dengan pembelajaran yang kondusif dapat disediakan oleh guru.

6.       Penghubung
Penghubung pelajar dnegan pelajar, manusia dengan manusia dan pelajar ke konsep universal.  Dalam erti kata lain, guru berperanan sebagai pencetus komunikasi antara pelajar dengan guru.

Monday, 23 May 2011

Logo-logo berkaitan

logo IPG                    Logo IPGM KPM
                        
Logo Kementerian pelajaran Malaysia

Saturday, 21 May 2011

Cuti Semester, semuanya berganda

Musim cuti semester, maka anakanda-anakanda balik ke rumah.  Riuhlah.   Mulut emak riuh, mulut anak lagi riuh, satu lawan empat, agak siapa menang.  Memang kalah emak.  So tegur mana yang patut.
Masa cuti ini, biasanya selain daripada makanan kena gandakan, stok juga kena gandakan, bil elektrik naik sekali ganda, mesin basuh naik tiga kali ganda (mencuci), bil air, naik sekali ganda, nasib baik internet hanya bayar yuran bulanan, kalau tidak entah berapa kena bayar.

Bab makan, jangan cerita, selain selera pelbagai,  makanan juga kena stokkan juga banyak-banyak, ada sosage,roti canai segera, kentang, daging burger, roti dan sebagainya.  Roti Gardenia yang paling besar, seperti iklan sekejap ada sekejap tak ada.  memang macam magic, pergi ke ruang tamu, dan balik dah habis.  Nasiblah anak-anak yang merasa.  Yang tak merasa hanya berkata "Hai tak kan dah habis" tetapi memang habis, nak buat macam mana.
Cerita bab kerja rumah, memang berkira, kalau dah buat satu tak boleh buat dua.  Apa nak dibuat , jawabnya membebellah.  Jadi dengar sekejap dan esok macam itu lagi. Itulah ragam musim cuti anak-anak.

Tidur kat Sekolah

Ni  nak cerita tentang program kat sekolah.  Buat program yang melibatkan  anak didik tidur di sekolah.  Kalau bab lain memang senang nak kawal.  Tetapi bila bab nak tidur memang susah.  Selain memikirkan keselamatan secara fizikal secara mental juga kena jaga.  Jadi cikgu pada malam itu jadi jaga. Mereka kalau dah jumpa kawan memang susah tidur sebenarnya.  Ia lah kalau difikirkan secara rasionalnya memangpun, bila pula mereka  tidur di rumah kawan atau dengan kawan.  So ada program dia orangpun apa lagi.
Paling tak tahan kalau ada yang merayau malam.  Pernah sekali saya dibangunkan oleh kem komandan kes yang  merayau.  Jam 3 pagi bangunkan semua dan suruh berbaris dan  berdiri tegak di padang .  (Lokasi Saujana Asahan)  Bayangkan mereka langsung tak takut dengan suasana baru dan  tempat baru yang sunyi, hanya kedengaran burung hantu sahaja.  Lepas tu suruh jalan macam katak.  Buat perjanjian agar perkara tersebut tidak akan berulang lagi malam esok.  Malam esok baru aman tidur.  Itu cerita di Saujana Asahan.  Tempat memang best.
Berbalik kepada tidur di sekolah.  Setelah jam 10.30 malam, murid dibenarkan tidur.  So pesan kepada murid agar tidur.  Pesan begini  "Kalau korang tak nak tidur tak apa, tetapi jangan bising atau menjerit."  Murid jawab ok. Pesan bukan apa sebab, esok nak dikejutkan sebab ada qiamulail jam 4.30 pagi.
Maka kamipun berangkat tidur. Hajat nak buat kerja kursus tak dapat, mengantuk dan letih.  Jadi tertidur.  Sedar jam empat pagi.  Bangunkan murid sebab ada yang nak mandi dan cuci muka.  Maka  dalam hati berkata sementara menunggu murid siap maka nak tidur-tidur ayam.  Tidur ayam rupanya bangun jam enam pagi.  Alamak, nasib baik kawan cover.
Selalunya, nak cari yang  tidur bersama dengan murid memang susah.  Yang baru kahwin, alasan baru kahwin, yang ada anak alasan jaga anak, yang anak dara, asyik anak dara sahaja, dan yang veteran selalu kata masa muda dia dah selalu buat,  maka saya tawarkan diri dengan mengatakan bahawa tak apa suami saya tinggalkan semalam, dua malam, atau tiga malam sahaja.    Dan saya katakan bahawa anak saya dah besar, dan senang cakap sebab semasa anak kecil saya tidak berpeluang nak tidur di sekolah.
Sebab terlena dengan nyenyaknya tak ada cerita yang didengar.  Jadi pada hari Isnin (Tidur Jumaat malam Sabtu)  rakan tidur tanya anak murid, apa yang awak nampak? Dia nampak orang berjalan di varandah, ai, saya kata saya lenanya sampai tak sedar.  Jadi kawan kata itu cikgu yang meronda malam-malam , dan semasa dia menjawab dia memandang saya, sayapun jawab ia guru yang meronda.
Jadi cerita itu mati disitu sahaja.  (Sekolah saya memang ada yang tak berapa nak kena)
Dah lama tak menulis di sini.  Sebab yang pertama dan yang paling utama
buat kerja kursus yang sampai empat nak disiapkan dalam masa sebulan.  Bayangkan bagaimana nak disiapkan. Jawapannya  buat sampai abaikan waktu tidur.

Satu lagi bila buat kerja kursus, siang kerja, Malam mengadap. Sampai satu masa tu ada dua kerja kursus nak disiapkan seminggu,.  Bayangkan  bagaimana nak disiapkan dengan siang bekerja.  Sampai masa satu malam tu  minta cuti daripada boss. Boss ok je.  Tetapi kena perli dengan kawan.  Buat kerja kursus yang pertama minta cuti, buat kerja kursus yang kedua, kawan kata tak kan nak minta cuti lagi kot.  Jadi  sekarang nak minta time slip ke, aku gelak aje, sebab aku tahu dia bergurau.  Rasanya aku yang paling gelabah buat kerja kursus ni, aku tengok kawan yang lain , relex aje, tak pernah minta cuti pun.
 Asalkan siap dan dapat diberi markah ok lah tu.  Harap-harap kali ini dapat 3.5 ke atas lagi. Amin.

Tuesday, 10 May 2011

Buat kerja kursus

Dalam bulan ini dua malam tidak tidur, kerana nak siapkan kerja kursus.  Malam ini malam kedua.  Sambil scan gambar yang diperlukan, tulislah apa yang patut.  Mungkin keran ini saya  tak boleh bersabar dan bertenang.  Dahlah kerja sekolah tak habis-habis kerja kursus belum juga siap.  Entahlah lah.
Bagusnya kalau saya boleh tidak tidur disaat kerja banyak ni.  Semoga Allah sentiasa memberikan saya kesihatan yang baik dan minda yang cergas dan cerdas agar boleh saya laksanakan tugas sebagai isteri, ibu, anak, guru, sahabat.  Amin