Friday 18 September 2015

Terima Kasih Atas Segalanya.

Tahun 2015

 Setelah 6 bulan berkhidmat di sekolah baru. Akhirnya tahun 2015 menjelang.  Tugasan baru, kerja baru, rakan baru, bos baru. Huhu meang mencabar kredibiliti .

Rakan baru
 Perlu menyesuaikan diri dengan kerenah mereka.  Sekepala, asing-asing,  semuanya perlu diperhatikan dan dipelajari agar mudah berkerjasama dengan mereka.  So far  Allhamdulillah. 

Bos Baru
Berat nak cerita. Ini memang bos, bukan leader tetapi BOSS. Jadi faham-faham.

Tugasan
 Ha selain daripada kerja rutin, kerja tambahan jadi tuan rumah dua ko akademik dan satu permainan. Berat memang berat telah selesai sehingga Julai 2015.  Banyak pengalaman, tangisan dan misi menghargai adik adik dan rakan-rakan sekerja.

Pengalaman
Pengalaman mengendalikan ko akademik  dan permainan, menuntut kerjasama semua pihak. Bermula daripada kita sendiri sehingga second bos, rakan -rakan, adik-adik sekerja  sangat membantu. Terima kasih  moga Allah membalas pengorbanan kalian dengan  jutaan rahmat dan nikmat sebagai seroang adik dan rakan.  Terima kasih  Ya Allah kau berikan daku rakan-rakan dan adik- adik yang sudi membantu dan sanggat-sanggat membantu. Syukur Ya Allah.

Muhasabah 
Kerja di sesebuah organisasi mermerlukan kerjasama dan  keinsanan sesama kita.  Apa yang kita beri itulah yang kita dapat.   Moga kami sentiasa berkerjasama  antara satu sama lain. Terima kasih sayang kalian.SKM

Monday 25 May 2015

Tugasan

16 Mei 2015 genap setahun saya menjawat jawatan baru.  Ditugaskan sebagai GPK KOKU.  Memang dari zero cuba menjadi hero. Ecehhh. Tetapi apapun baru tahu kesibukan GPK koku awal tahun, Semua  ko akademik, sukan  diurus, (Bukan bawapun murid) Memang seakan tiada esok lagi.  Awal tahun program sekolah, mesyuarat, menentukan rumah sukan, memilih pasukan beruniform,  merentas desa dan sebangainya.   (Berhenti ssekejap ada masa sambung lai)

KELIRU
Sering kali kita keliru, sama ada membuat keputusan atau memilih sesuatu. Begitu juga dengan membuat penilaian sesuatu apa yang disebutkan atau apa yang dituturkan.  Keliru antara kebenaran dengan ketepatan sesuatu yang berita yang disampaikan.

Kadang kala bunyi semuanya tahu, tetapi apabila disuruh tidak berganjak.  Entahlah hanya Allah maha mengetahui kebenaran dengan kepalsuan.  Apapun perbuatan atau percakapan anda mengundang masalah kepada diri anda sendiri, sama ada  anda hanya pandai bercakap atau anda hanya cakap kosoang.

Friday 15 May 2015

Hari Guru
       
      Hari ini Hari Guru.   Ingin mengimbas kembali pengalaman sebagai murid.  Bersekolah pada tahun 1971 tanpa tadika di SRK Abg Abd Kadir.  Mula-mula pegang pensel memang keras tangan.  Salah seorang Cikgu yang memegang tangan ialah Cikgu Rashidah Julaihi.  Moga sentiasa sihat cikgu saya ini.  Belajar di bangunan 2 tingkat.  Belajar di tingkat bawah.  Satu keunikannya ialah bila orang naik tangga kita boleh melihatnya melalui lubang udara.   Belum sampai enam bulan pindah ke sekolah baru, kerana arwah ayah meninggal dan tinggal bersama dengan mak saudara dan bapak saudara.
      Sekolah Rendah Kerajaan Balingan .  Di sini  belajar lebih  senang atau mudah kerana tumpuan guru pada muridnya  lebih sebab kawan-kawan kurang atau dengan erti kata lain murid tidak sampai 25 orang.  Masih ingat lagi kawan terdiri daripada sepupu, dua pupu dan saudara mara dalam satu  kelas.  Tidak ada masalah pergaulan kerana mungkin pada masa itu semua murid baik-baik agaknya. (entahlah memang tak nakal)
      Cikgu yang membimbing ialah cikgu Wasli.  Banyak impak saya belajar di sini, antaranya ada sudut bacaan.  Siap kerja cikgu kata boleh baca buku.  Berebut-rebut nak baca buku " angsa dan kura-kura" yang sampai sekarang saya masih ingat ceritanya.  Selalunya buku tersebut jadi rebutan, kerana saiznya yang besar dan warnanya menarik.  Di sini juga saya masih ingat  apa yang guru ajar.  Dan sampai sekarang tak boleh lupa, apabila tidak dapat jawab soalan, tinggal sehingga dapat jawab soalan tersebut.  Kedudukan barat, timur, utara dan selatan.  Masih darjah satu tetapi sudah ada mata pelajaran ilmu alam. 
      Memandangkan kebanyakan daripada kami ialah orang susah, maka cikgu akan membenarkan kami berhutang untuk membeli buku latihan (15 sen sahaja).  Bila buku habis ambil dan bayar kemudian. Itupun bayar 5 sen, sekali.  (Kali pertama berhutang) Sayalah tu, sementara tunggu emak datang  menjenguk.Terima kasih cikgu kerana berbuat demikian demi anak murid.
      Menariknya  belajar di sini juga, sepupu yang lahir 1962(1), 1966(2) dan saya 1964 (4) bersama sama setiap pagi ke tali air kerana hendak mandi.  Kami akan mandi bersamua-sama (rumah berdekatan) setiap pagi .  Selalunya saya akan duduk di rumah emak saudara yang sulung.  Sepupu saya akan memerhatikan kami belajar dan mengenal pasti kelemahan kami.  (Terima kasih kak Esah)  Dia tahu saya tidak boleh belajar dalam suasana bising, dia jauhkan sedikit.  Dia jugalah merangkap tukang jahit baju  dan pengurus kami.
      Belajar di SK Balingan sehingga darjah 4.

Tuesday 6 January 2015

Seminggu dah berlalu dalam bulan Januari 2015.  Jadi nak mengimbau sepanjang tahun 2014. Awal  Januari 2014 menjadi guru  4D.  Guru kelas sementara dan mengajar Bahasa Inggeris bagai.  Memang agak kelam kabut juga, mana nak kejar tugas sbg guru bimbingan.  Nasib baik ada rakan guru yang masuk sekolah kami  dan dia dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk menguruskan tugasan tersebut.  Agak lama juga menjadi guru kelas, sampai buat lapik meja dan mengurus jadual kelas sehingga  pertengahan Februari.

Kehadiran cikgu baru banyak memberi impak kepada perubahan tugasan.  Harapan pentadbir amat tinggi terhadap beliau.  Saya memang mencari rakan yang senang berurusan dengan pentadbir agar kerja akan menjadi lebih mudah.  Maka kehadirannya amat dinantikan.

Mei perlu perubahan.  Mendapat tugasan di tempat baru.  Bertugas di tempat baru.  Sepatutnya bermula 15 Mei 2014.  Terapi ditangguhkan sehingga cuti penggal.  Maka bermula episod baru ditempat baru.  semoga tempat ini akan lebih baik daripada yang sudah-sudah.

Sekarang sudah setenggah tahun.  Ok kot tempat baru. Saya berharap  saya akan menjadi lebih baik daripada tempat lama.