Tuesday 22 March 2011

Dalam Ingatan

      Semasa saya kecil-kecil saya seorang yang penakut.  Saya sangat takut dengan jiran di sebelah rumah saya. Saya membahasakan dirinya sebagai Udak Lemah.  Saya selalu menggangu nenek saya memasak dengan berdiri berhampiran dengan jendela di sebelah dapur tempat memasak. Dapur dahulu tinggi dan besar.  Pada masa itu kami masih lagi menggunakan kayu api.  Berbalik kepada Udak Lemah tadi apabila saya menjenguk ke luar tingkap dan terpandang dia, dia akan menyergah dengan perkataan Hah!, maka saya pun kecut perut dan menjauhi tingkap tersebut.
      Pada suatu hari saya pergi ke kedai.  Bila hendak ke kedai saya terpaksa melalui rumah Udak Lemah.  Entah macam mana saya boleh terserempak dengan dia, dan saya tidak dapat melarikan diri daripadanya, maka oleh sebab ketakutan sayapun pengsan.  Peristiwa tersebut tidak dapat saya lupakan sampai sekarang biarpun dia telah menjadi arwah.  Dia tidak pernah memukul dan tidak pernah memarahi saya, tetapi saya tetap takut sehingga saya berumur 10 tahun barulah saya boleh bersua muka dengannya tanpa lari.
      Mengapa saya takut kepada dia.  Jawapannya, bila saya selalu membuat apa yang tidak disukai oleh  orang yang lebih tua daripada saya mereka akan mengugut akan memberitahu dia.  Dan dia di sebelah rumah akan menyahut apabila dipanggil dan diberitahu bahawa saya membuat kesalahan.  Perkataan yang akan dikeluarkan daripada mulutnya ialah Hah!

No comments:

Post a Comment