Friday 18 March 2011

Hidup Biar Ceria

      Hari-hari andainya dipenuhi dengan keceriaan alangkah baiknya.  Siapa yang menentukan kita ceria.  kita adalah penentu kita sendiri yang ceria.  Bahagia juga kita yang tentukan.  Saya berikan contoh, makanan yang kita rasa sedap.  Dahulu saya merasakan bahawa buah strawberry itu adalah sedap.  Ini memandangkan bahawa selian daripada warnanya menarik ia juga mahal.  Maka orang seperti saya tidak dapat  merasa buah tersebut. Maka oleh kerana mengimpikan buah strawberry itu maka pada suatu hari setelah saya bekerja sayapun membeli buah strawberry .  Sebelum merasa buah strawberry saya mengandaikan  bahawa buah tersebut mungkin enak, manis dan sedap  Tetapi setelah merasakan buah tersebut saya merasakan bahawa masamnya seperti buah kelubi.  Maka saya kata bahawa buah tersebut masam, dan saya beritahu pada kawan, tetapi kawan saya berkata bahawa buah itu manis ditanah tinggi.   Maka pada suatu hari saya berkesempatan pergi ke tanah tinggi dan membeli buah tersebut.  Sekali lagi saya merasakan manalah tahu buah tersebut manis, rasanya sama masam.  Pengalaman tersebut mengajar saya bahawa apa yang anda buat andainya anda tidak merasainya anda tidak akan tahu rasanya.   Dan tidak semestinya benda yang kita tidak miliki adalah yang terbaik.  Maka hargailah apa yang ada.  Jangan sampai anda rasa kehilangan tetapi telah terlambat.
      Berbalik kepada ceria.  Kehidupan dipenuhi dengan cabaran.  Segala pengalaman pahit dan manis yang anda ada adakah sesuatu yang berharga.  Ini memandangkan apa yang akan berlaku tidak mungkin sama suasana dan masanya.   Kecerian akan mengubah daripada mendung menjadi warna yang ceria dan akan mengubah persepsi anda terhadap sesuatu.  Berfikirlah secara positif dan pandanglah sesuatu masalah yang datang sebagai cabaran yang memungkinkan anda menikmati kemanisannya.  Inshaallah hidup kita akan lebih ceria dan bermakna.

No comments:

Post a Comment