Saturday 21 May 2011

Cuti Semester, semuanya berganda

Musim cuti semester, maka anakanda-anakanda balik ke rumah.  Riuhlah.   Mulut emak riuh, mulut anak lagi riuh, satu lawan empat, agak siapa menang.  Memang kalah emak.  So tegur mana yang patut.
Masa cuti ini, biasanya selain daripada makanan kena gandakan, stok juga kena gandakan, bil elektrik naik sekali ganda, mesin basuh naik tiga kali ganda (mencuci), bil air, naik sekali ganda, nasib baik internet hanya bayar yuran bulanan, kalau tidak entah berapa kena bayar.

Bab makan, jangan cerita, selain selera pelbagai,  makanan juga kena stokkan juga banyak-banyak, ada sosage,roti canai segera, kentang, daging burger, roti dan sebagainya.  Roti Gardenia yang paling besar, seperti iklan sekejap ada sekejap tak ada.  memang macam magic, pergi ke ruang tamu, dan balik dah habis.  Nasiblah anak-anak yang merasa.  Yang tak merasa hanya berkata "Hai tak kan dah habis" tetapi memang habis, nak buat macam mana.
Cerita bab kerja rumah, memang berkira, kalau dah buat satu tak boleh buat dua.  Apa nak dibuat , jawabnya membebellah.  Jadi dengar sekejap dan esok macam itu lagi. Itulah ragam musim cuti anak-anak.

No comments:

Post a Comment